Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 28 Ogos 2020

"Hampir semua pemain import Pahang baru pulih daripada kecederaan seperti Herold Goulon, Dickson Nwakaeme dan Ivan Carlos. Saya akui berdepan cabaran yang cukup hebat untuk hadapi perlawanan bertemu JDT."

Dollah Salleh akui Pahang belum bersedia hadapi JDT


Pertembungan dua pasukan gergasi, Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT), pada minggu sulung pembuka saingan CIMB Liga Super selepas liga berehat sejak 16 Mac lalu menjadi antara perlawanan yang dijangka paling menarik perhatian.
Walaupun berdepan prestasi tidak menentu pada empat perlawanan awal serta keputusan yang kurang memberansangkan pada aksi persahabatan, kelibat Pahang masih dinantikan peminatnya apabila tiap kali berdepan JDT dengan kedua-dua pasukan akan berentap di Stadium Darul Makmur.
Manakala juara bertahan, JDT yang merupakan pendahulu CIMB Liga Super, pasti mengharapkan momentum yang dibina sejak beberapa perlawanan lalu dapat dikekalkan bagi memburu kemenangan keempat selain mengekalkan rekod tanpa kalah.
Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh, bagaimanapun berdepan keresahan untuk berdepan JDT kerana mengakui skuad kendaliannya belum berada di tahap memuaskan ekoran kecederaan ramai pemain utama serta tahap kecergasan yang rendah.
“Skuad yang saya ada sekarang belum bersedia sepenuhnya kerana jika dilihat pada beberapa perlawanan persahabatan, saya cukup resah perhatikan tahap kecergasan pemain-pemain utama.
“Ditambah hampir semua pemain import saya baharu pulih daripada kecederaan seperti Herold Goulon, Dickson Nwakaeme dan Ivan Carlos, saya akui berdepan cabaran yang cukup hebat untuk hadapi perlawanan pertama, tambah-tambah bertemu JDT.
“Malah dalam beberapa perlawanan persahabatan lalu, saya banyak menguji pemain dari skuad Piala Presiden kerana mahu menguji semua pemain yang kami ada dan semuanya baharu di peringkat membina persefahaman
“Apa jua keputusan dengan JDT selepas ini, saya akan cuba pastikan Pahang akan berada di tahap terbaik bagi harungi baki perlawanan yang tinggal di Liga Super dan walaupun bermain tanpa penyokong, kami akan cuba tampil dengan penuh bersemangat, “ katanya.
Pertembungan lain yang dijangka menarik ialah aksi dua pasukan jiran setempat, Selangor yang akan menerima kunjungan PJ City di Stadium UiTM Shah Alam, pada Sabtu dengan skuad kendalian K. Devan sudah pasti mahu bangkit daripada kekalahan 0-2 kepada Terengganu FC dalam aksi persahabatan 22 Ogos lalu.
Selain itu, pencabar utama JDT, Perak yang masih kekal dengan rekod bersih dalam empat perlawanan bakal berdepan ujian getir menentang Melaka di Stadium Perak, Ipoh pada Jumaat.
Pasukan di tangga ketiga, Terengganu FC sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk teruskan kedudukan namun tidak boleh memandang rendah keupayaan Sabah apabila kedua-dua pasukan bakal berentap di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, pada Sabtu.
Dua lagi perlawanan lain yang tidak kurang menariknya ialah Felda United bertemu UiTM FC di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka dan PDRM yang masih dalam misi melakar kemenangan sulung liga akan berdepan Kedah di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan