Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 27 Ogos 2020

Dollah minta anak buah kecewakan JDT


Dollah meminta anak buahnya memberikan komitmen 100 peratus dalam misi mengutip tiga mata di halaman sendiri. - Foto NSTP

KUANTAN: Pasukan Pahang tidak mahu masalah kecederaan menjadi penghalang dalam misi melakar kemenangan apabila melayan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, di sini, malam esok.
Justeru, pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh meminta anak buahnya memberikan komitmen 100 peratus dalam misi mengutip tiga mata di halaman sendiri itu.
"Saya harap pemain yang disenaraikan dalam kesebelasan utama dapat bermain mengikut perancangan susulan masalah kecederaan yang dialami beberapa pemain.
"Biarpun bakal berdepan saingan getir, pemain perlu kekal fokus dan memanfaatkan kelebihan yang ada di halaman sendiri ketika saingan Liga Super kembali bersambung.
"Komitmen, semangat dan persefahaman diharap membantu memperkasakan pasukan," katanya di sini, hari ini.
Pada perlawanan malam esok, Pahang sah tidak menyenaraikan pemain import dari Lubnan, Khalil Khamis yang masih berada di negaranya manakala kelibat empat lagi import iaitu Dickson Nwakaeme, Herold Goulon, Ivan Carlos dan Adam Reed belum pasti berikutan masalah kecederaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan