Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 29 Ogos 2020

CIMB Liga Super: Gagal Tewaskan PJ City, Selangor Sekadar Kumpul 6 Mata Selepas 5 Perlawanan

Imej
Selangor gagal mengutip tiga mata penuh di laman sendiri dalam perlawanan pertama mereka sejak saingan CIMB Liga Super kembali bersambung selepas berehat selama lima bulan apabila diikat 0-0 oleh PJ City di Stadium UiTM Shah Alam.
B. Sathianathan meletakkan Rufino Segovia sebagai penyerang tunggal dan merehatkan Ifedayo Olesegun di bangku simpanan, sementara Syahmi Safari dan Syazwan Zainon pula masing-masing di saya kanan dan kiri. Abdul Halim, Saari, Brendan Gan dan Sandro da Silva pula membentuk rangkaian tiga pemain tengah. Bahagian pertahanan tengah pula diisi oleh kapten Taylor Regan dan Safwan Baharudin.
PJ City yang diketuai oleh bekas pemain Selangor, K. Gurusamy pula terus mengharapkan ayam tambatan mereka, Washington Brandao untuk mengempur gawang tuan rumah.
Peluang pertama The Red Giants hadir pada minit ke-17 apabila Brendan Gan yang membuat larian di sebelah kanan hantaran rendah ke tengah kepada Sandro, namun rembatan pemain Brazil tersebut lemah dan tersasar.
Pada minit ke-35, PJ City terselamat apabila percubaan Sandro menerusi sepakan percuma sekadar singgah di palang gol pada minit ke-35. Beberapa minit kemudian, Selangor mensia-siakan dua lagi peluang apabila Rufino dan Brendan Gan gagal menewaskan penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz.
Tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama, Kalamullah sekali lagi mengecewakan Selangor apabila berjaya melayangkan badannya untuk menepis percubaan leret Sandro dan babak pertama berakhir tanpa sebarang jaringan terhasil daripada kedua-dua pasukan.
Awal separuh masa kedua berlangsung dengan agak hambar dengan tiada percubaan berbahaya dihasilkan. Kedua-dua pasukan mula membuat pertukaran pemain.
Percubaan pemain gantian, Wan Zack Haikal pada minit ke-82 menerusi sepakan percuma hanya beberapa inci sahaja tersasar di sebelah kanan tiang gol dan kedudukan 0-0 kekal sehingga pengadil wisel penamat.
Pendekatan defensif The Phoenix ternyata berkesan untuk mengekang asakan Selangor dan membawa pulang 1 mata berharga di tempat lawan.
Selepas lima perlawanan, The Red Giants yang dicanang sebagai salah satu pasukan yang mampu mencabar kejuaraan sekadar menduduki tangga ke-8 dengan mengumpul 6 mata, sementara PJ City pula naik satu anak tangga di kedudukan ke-10 dengan 5 mata.
Kredit Foto: Team Malaysia 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan