Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 27 Ogos 2020

Belum putuskan masa depan Sathia


KEDUDUKAN Ketua Jurulatih Selangor B Sathianathan masih lagi menjadi tanda tanya sama ada disambung atau sebaliknya walaupun kontrak bersama Gergasi Merah tamat pada musim ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Dr Johan Kamal Hamidon berkata, setakat ini pihaknya belum lagi memutuskan perkara terbabit dan lebih menumpukan untuk menghabiskan saingan liga dengan meraih kejayaan berbanding musim lalu.
Beliau berkata, walaupun saingan liga berhenti berehat lebih empat bulan akibat pandemik Covid-19, namun sasaran pasukan tidak berubah dengan layak beraksi di peringkat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selain berada di kedudukan dua terbaik Liga Super dan Piala Malaysia.
"Jika beliau berjaya membawa pasukan mencapai matlamat itu, pengurusan tetap akan melakukan perbincangan dahulu untuk meneruskan kontrak Sathia atau sebaliknya.
"Seperti yang saya cakap, sebelum ini beliau tak menang apa-apa ditetapkan namun masih lagi kekal mengendalikan pasukan.
"Setakat ini, Sathia antara senarai utama sebagai pengendali Selangor namun kita akan buat pernilaian sebelum menentukan keputusan," katanya, di sini.
Pada musim lalu, Selangor menamatkan Piala FA dalam pusingan ketiga tetapi mereka muncul pasukan ketiga terbaik Liga Super iaitu di belakang Pahang dan juara enam kali berturut-turut, JDT dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia.
Selangor menghasilkan 41 gol sepanjang kempen liga musim lalu untuk menjadi pasukan kedua terbaik di belakang JDT (49 gol) selain turut menjaringkan 13 gol daripada keseluruhan 10 perlawanan Piala Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan