Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 24 Ogos 2020

Bagaimanapun, Malaysia selaku tuan rumah ACL2020 bagi Asia Timur masih tidak mempunyai stadium yang dilengkapi dengan VAR.

ACL2020: VAR akan digunakan buat pertama kali musim ini


Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) akan digunakan di AFC Champions League (ACL) bermula di peringkat suku akhir musim ini, menurut AFC.
Ini selepas teknologi itu mula diperkenalkan di Piala Asia 2019 anjuran UAE sejak musim lepas.
VAR kemudian digunakan dalam kesemua 32 perlawanan Kejohanan AFC B-23 di Thailand pada Januari lalu.
Ini bermakna VAR akan pertama kali digunakan dalam saingan ACL yang dijangka bersambung pada bulan September ini.
Semua saki-baki perlawanan kumpulan A hingga kumpulan D yang melibatkan pasukan dari Asia Barat akan diadakan di Doha, Qatar bermula 14 September, termasuk perlawanan suku akhir dan separuh akhir.
Manakala semua saki-baki perlawanan kumpulan G hingga kumpulan H melibatkan pasukan dari Asia Timur akan diadakan di Malaysia bermula 16 Oktober ini, termasuk pusingan 16 pasukan terakhir, dua perlawanan suku akhir dan satu perlawanan separuh akhir.
Status kumpulan E dan F bagaimanapun masih belum diputuskan.
JDT selaku wakil tunggal dari Malaysia masih mempunyai empat baki perlawanan dalam kumpulan G, iaitu dua perlawanan menentang Guangzhou Evergrande, satu perlawanan menentang Vissel Kobe dan satu lagi perlawanan berdepan Suwon Samsung Bluewings.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan