Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 1 Ogos 2020

'Azman Adnan penyerang tulen terbaik Malaysia'

Bekas penyerang kebangsaan dan Selangor, Azman Adnan. - NSTP/Mohd Asri Saifuddin Mamat

KUALA LUMPUR: Pemain berpengalaman, Shukor Adan menganggap Azman Adnan sebagai salah seorang penyerang tulen terbaik yang pernah dimiliki Malaysia.
Pernah bergandingan bersama Azman terutama ketika menyertai Selangor pada 2002, Shukor berkata dia masih mengagumi kebolehan yang dimiliki bekas pengendali PDRM itu sebagai penyerang.
"Dia sememangnya idola saya ketika saya hadir di Negeri Sembilan. Malah hubungan kami umpama abang adik sehingga kami ke Selangor pada 2002 dan saya cukup mengaguminya sehingga sekarang.
"Azman seorang penyerang tulen yang terbaik kita pernah miliki. Masih ingat lagi pada tahun 2000, saya bertuah dapat diletakkan dalam kesebelasan utama bersamanya.
"Saya diletakkan posisi pemain tengah menyerang bagi membantu Azman dan Effendi Malek, selaku dua penyerang ketika di Negeri Sembilan. Memang antara pengalaman awal yang saya tidak boleh lupakan," katanya.
Shukor pernah beraksi di posisi serangan di awal pembabitannya dalam bola sepak sebelum bertukar ke bahagian tengah dan akhirnya kekal sebagai pemain pertahanan sehingga kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan