Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 23 Ogos 2020

Allee Putra terbang ke Malaga Jumaat ini

Allee Putra (dua kiri) ketika majlis pembiayaannya ke Sepanyol, hari ini.

KUALA LUMPUR: Kejayaan penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin mengikat kontrak bersama kelab Belgium, KV Kortrijk turut membakar semangat seorang lagi 'ubi muda' Malaysia, Allee Putra Azril.
Impian pemain berusia 15 tahun itu untuk bergelar pemain profesional kini terbuka luas selepas dipilih menyertai akademi bola sepak antarabangsa di Sepanyol, FC Malaga City dan akan berangkat ke sana, Jumaat ini.
Jelas anak tunggal kepada bekas pemain Piala Presiden Kelantan, Azril Mohd Zawawi itu, peluang ini akan dimanfaatkan untuk memberikan yang terbaik sekali gus membalas kepercayaan pihak yang banyak membantunya dalam merealisasikan impian berkenaan.
"Pencapaian Luqman yang menyertai KV Kortrijk menjadi inspirasi kepada saya untuk mengejar impian beraksi di liga utama Eropah.
"Tawaran ke Sepanyol ini akan menjadi peluang keemasan buat saya untuk mengasah bakat dan harapan saya suatu hari nanti dapat mewakili Malaysia dan kelab di Eropah," katanya.
Sementara itu, firma arkitek terkemuka R2 Architect Sdn Bhd muncul sebagai antara 'tulang belakang' menyokong perjalanan Allee ke Sepanyol apabila membantu pemain muda itu dari segi pembiayaan.
Pengarah R2 Architect Sdn Bhd, Ruslan Razak berkata pembiayaan kepada Allee Putra adalah khidmat sosial korporat firma arkitek terkemuka itu dalam menyokong pembangunan sukan khususnya bola sepak.
"Bakat yang ada pada Allee Putra adalah sebab utama kami membiayai dari segi visa, yuran pengajian bahasa, penginapan, tiket penerbangan dan lain-lain keperluan.
"Malaga City FC menawarkan Allee Putra dua tahun pengajian yang mana dia ditawarkan tempat ke sana dan bukan memohon masuk akademi. Dia juga mendapat sokongan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA)," katanya.
Difahamkan, kos perbelanjaan untuk menyertai akademi itu sekitar RM78,000 termasuk makan, tempat tinggal, pengangkutan ke pusat latihan, kit pasukan, panduan nutrisi, video perlawanan dan analisis pemain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan