Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 24 Julai 2020

UKM FC tidak tertekan


PASUKAN Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC tidak menghadapi sebarang tekanan untuk meneruskan cabaran mengharungi saingan Liga Perdana musim ini, yang akan bersambung, 26 Ogos ini.

Ketua jurulatih pasukan itu, Sulaiman Hussin berkata, walaupun skuad bimbingannya sedikit lewat memulakan latihan pasca pandemik Covid-19, namun pihaknya yakin dan bersedia untuk menghadapi perlawanan tertunda menentang Kelantan, yang ditetapkan lebih awal iaitu pada 22 Ogos.

"Kita tetap bersedia untuk berdepan Kelantan pada perlawanan 22 Ogos itu nanti dan tidak timbul sama sekali soal tekanan dihadapi pasukan susulan memulakan latihan sedikit lewat.

"Saya akan mempersiapkan pasukan untuk pastikan semuanya berjalan lancar dan berada pada tahap terbaik kerana kami menganggap setiap perlawanan liga nanti ibarat final dan perlukan kemenangan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan saingan Liga Malaysia (Liga M) yang tertangguh sejak 16 Mac lalu akibat pandemik Covid-19 akan disambung semula pada 26 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, turut memaklumkan bahawa perlawanan tertunda sebelum ini iaitu aksi Liga Super antara PJ City FC dan Terengganu FC serta perlawanan Liga Perdana membabitkan UKM FC menentang Kelantan akan diadakan pada 22 Ogos.

UKM dijadual menanti kunjungan Kelantan pada perlawanan itu yang akan berlangsung di Stadium Selayang.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, ketika ini anak buahnya sedang fokus kepada usaha meningkatkan prestasi, bagi menghadapi cabaran baki lapan perlawanan liga yang bakal diharungi dalam jadual padat.

Pengendali itu yakin skuad bimbingannya bakal menjanjikan kebangkitan dan bertekad memastikan sebarang kelemahan dan kesilapan dalam pasukan itu, dapat diperbaiki dalam tempoh singkat.

"Kami akan menghadapi lapan perlawanan getir kerana tiada lagi aksi timbal balik seperti mana sebelum ini.

"Namun, kami akan buat persiapan terbaik untuk menghadapi semua perlawanan itu dan mahukan kemenangan untuk memastikan sasaran layak ke saingan Piala Malaysia musim ini tercapai, selepas impian itu tersasar musim lalu.

"Saya berharap perancangan kami akan membuahkan hasil memuaskan apabila program latihan ketika ini berjalan lancar dengan semua pemain memberikan komitmen tinggi terhadap persiapan pasukan," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan