Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 30 Julai 2020

Tiada venue perlawanan PJ City didenda RM30,000


 PJ City didenda RM30,000 akibat kegagalan menyediakan venue menentang Terengganu FC (TFC) pada 14 Mac lalu hingga menyebabkan perlawanan terbabit ditangguhkan ke tarikh lain.

Ini berikutan kelab itu gagal memastikan proses baik pulih Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) siap pada tempoh ditetapkan selain gagal mencari venue lain sebagai ganti pada tarikh perlawanan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, hukuman yang dikenakan kepada PJ City itu diputuskan menerusi mesyuarat Ahli Lembaga awal bulan lalu.

Beliau berkata, selain didenda, pasukan berkenaan turut diberikan amaran keras supaya tidak mengulangi lagi kesilapan sama sekali gus boleh dikenakan hukuman lebih berat.

"PJ City dikenakan denda oleh Ahli Lembaga MFL apabila didapati gagal menyediakan venue sebelum perlawanan menentang TFC berlangsung.

"Perkara terbabit menjadi iktibar kepada pasukan lain supaya tidak memandang remeh isu berkaitan venue kerana ia boleh menjejaskan semua pihak dan menyebabkan perlu mengubah tarikh perlawanan Liga Malaysia (Liga M)," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan MFL meluluskan permohonan daripada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menunda aksi keempat Liga Super antara PJ City menentang TFC.

Keputusan itu dibuat selepas MFL mengadakan perbincangan dengan TFC dan PJ City bagi memastikan perlawanan berjalan seperti biasa namun selepas pelbagai usaha dilakukan, masalah venue perlawanan masih tidak dapat diselesaikan.

PJ City berdepan masalah venue apabila gelanggang tuan rumah yang didaftarkan iaitu Stadium MBPJ masih lagi dalam proses baik pulih padang manakala beberapa venue lain juga tidak dapat digunakan.

Cadangan untuk menukar venue perlawanan ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu dengan TFC menjadi pasukan tuan rumah pula tidak dapat dilakukan berikutan pasukan TFC sudah membuat tempahan tiket penerbangan dan penginapan bagi menghadapi perlawanan berkenaan.

Berikutan itu, perlawanan PJ City menentang TFC ditunda pada 22 Ogos depan di Stadium MBPJ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan