Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 20 Julai 2020

Terengganu minta pasukan Liga M ambil serius SOP

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah. - Foto Baharom Bakar

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menyambut baik keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menyambung semula Liga Super dan Liga Perdana bermula 26 Ogos ini, namun meminta semua pemain dan mereka yang terbabit tidak memandang ringan penularan COVID-19.

Dalam masa sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah turut meminta semua pihak berkaitan juga mengambil serius terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh saingan.

"Kita sambut baik dan setuju (keputusan MFL sambung liga 26 Ogos ini). Bagaimanapun saya menasihatkan semua pemain dan pegawai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelak kluster pandemik itu daripada sukan bola sepak.

"Pada asasnya, apa yang penting kita perlu ikut 100 peratus saranan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jika sekiranya pengumuman yang diberikan oleh MFL itu, ia sudah pasti lampu hijau daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan MKN.

"Jadi kita boleh teruskan perlawanan sebagaimana yang dibenarkan. Soal kecergasan dan persiapan itu bergantung kepada kebijaksanaan sesebuah pasukan untuk mengurus," katanya.

Berkenaan larangan MFL membabitkan kehadiran penonton untuk menyaksikan perlawanan di stadium, Wan Sukairi meminta semua peminat akur dan mematuhi SOP yang ditetapkan demi keselamatan semua pihak.

Sebelum ini MFL mengumumkan, Liga Super dan Liga Perdana bakal disambung semula bermula 26 Ogos ini secara separuh liga tanpa kehadiran penonton.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan