Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 20 Julai 2020

Surat peletakan jawatan sudah diserahkan pada 6 Julai lalu.

Wan Abdul Rahim letak jawatan presiden KAFA


Wan Abdul Rahim Wan Abdullah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan presiden KAFA serta-merta, selepas direhatkan daripada tugas tersebut beberapa minggu lepas.

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman mendapat surat peletakan jawatan itu pada 6 Julai lalu.

“Kita menghormati pendirian beliau yang begitu profesional,” katanya kepada Sinar Harian.

“Apabila rasa dah tak mampu meneruskan tanggungjawab dan nampak gerak kerja Datuk Shaari ada kemajuan, dia berlapang dada dan yakin untuk melepaskan jawatan.

“Bagi pihak KAFA, kita mengucapkan terima kasih atas sumbangan Wan Abdul Rahim selama ini bagi membantu KAFA.”

Pada masa sama, Husin menganggap pemangku presiden KAFA, Datuk Shaari Mat Hussin sudah melakukan mula bergerak ke arah hala tuju yang positif.

“Dalam dua tiga minggu ini, kita tengok gerak kerja Datuk Shaari menunjukkan kemajuan yang membanggakan sekali gus memberikan keyakinan kepada kita.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan