Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 17 Julai 2020

Stuart Ramalingam mengesahkan pihaknya masih menunggu pengesahan rasmi dari FIFA.

Status Guilherme de Paula masih jadi tanda tanya



Status Guilherme de Paula sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya selepas lebih setahun menunggu jawapan dari FIFA.

Malah, tidak diketahui sama ada pemain kelahiran Brazil itu akan dapat mewakili negara dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi sebelum ini memberi jaminan bahawa De Paula mempunyai peluang cerah untuk beraksi dengan negara.

Namun Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengesahkan pihaknya masih menunggu pengesahan rasmi dari FIFA.

“Masih lagi dalam proses, belum diketahui lagi status de Paula,” katanya kepada Harian Metro.

Buat masa ini, Tan Cheng Hoe dijangka memilih Shahrel Fikri dan Syafiq Ahmad yang menunjukkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Malaysia sebelum ditangguhkan akibat wabak COVID-19.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan