Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 30 Julai 2020

Siaran Media: FAM Memulakan Pelaksanaan Piagam SupaRimau FAM Dan Menyeru Semua Akademi Bola Sepak Di Malaysia Untuk Menyertai Inisiatif Ini.#FAM #HarimauMalaya #SupaRimau



SIARAN MEDIA: FAM MEMULAKAN PELAKSANAAN PIAGAM SUPARIMAU FAM DAN MENYERU SEMUA AKADEMI BOLA SEPAK DI MALAYSIA UNTUK MENYERTAI INISIATIF INI


2020-07-30
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal memulakan pelaksanaan piagam akar umbi yang dinamakan Piagam SupaRimau FAM dengan hasrat untuk meningkatkan taraf akademi bola sepak negara.
Piagam SupaRimau FAM merupakan salah satu inisiatif FAM yang sejajar dengan Peta Hala Tuju F:30. Ia bertujuan untuk mendorong penyertaan yang lebih besar dalam kalangan akademi bola sepak di Malaysia.
Selain itu, Piagam SupaRimau FAM juga berhasrat untuk menyokong akademi yang menyediakan aktiviti akar umbi yang berkualiti serta melabur dalam latihan dan pendidikan pemain muda yang berpotensi tinggi melalui bentuk penghargaan, sekiranya pemain mereka menjadi profesional.
“Ini adalah satu inisiatif dan komitmen FAM untuk meluaskan penyertaan di peringkat akar umbi, sekali gus memajukan peranan akademi mengikut kualiti aktiviti yang dilaksanakan,” kata YBhg Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin, Presiden FAM.
Piagam SupaRimau FAM mempunyai akreditasi dan proses penilaian yang bertujuan untuk menyeragamkan proses penstrukturan akademi.
Setiap akademi perlu memenuhi Lima (5) kriteria khas iaitu Kepimpinan, Perancangan, Kemudahan, Pertandingan Akar Umbi dan Pendidikan untuk mencapai status Ahli Piagam SupaRimau FAM.
Piagam SupaRimau FAM ini dibezakan melalui Tiga (3) tahap Ahli Piagam, iaitu:
  • Ahli Gangsa (asas) - Menekankan pada asas yang kuat untuk pertumbuhan masa depan.
  • Ahli Perak (maju) - Mementingkan kelestarian dan pembangunan.
  • Ahli Emas (penanda aras) - Fokus pada pertumbuhan dan pengekalan bilangan pemain dan program.
FAM kini sudah bersedia untuk melancarkan Sistem Piagam yang boleh dipohon melalui http://charter.fam.org.my. Akademi bola sepak yang berminat dijemput untuk mendaftar bersertakan dokumen yang lengkap untuk dinilai oleh pihak FAM. (Pendaftaran ini sentiasa dibuka)
"FAM kini telah menerima sebanyak 250 permohonan daripada akademi-akademi bagi proses pendaftaran dan penilaian yang seterusnya. Kami amat menggalakkan semua akademi bola sepak di tanah air untuk berdaftar dengan Piagam SupaRimau FAM, di mana ahli-ahli bakal menikmati banyak kelebihan yang istimewa," kata YH Dato' Sri Subahan Kamal, Timbalan Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia FAM.
Antara kelebihan yang diberikan adalah:
1. Akreditasi - Membolehkan akademi bola sepak menggunakan Piagam untuk tujuan promosi, dengan mendapat pengiktirafan daripada FAM.
2. Liga SupaRimau - Akademi layak untuk menyertai Liga Akar Umbi FAM yang menyediakan persaingan menyeluruh dan mencorak perjalanan karier pemain.
3. Pampasan Latihan Pemain - Akademi yang melabur dalam latihan dan pendidikan pemain muda akan diberi pampasan sekiranya salah satu pemainnya berjaya menjadi profesional. * Polisi akan berkuatkuasa pada tahun 2021. Butiran akan diterbitkan dalam masa terdekat.
4. Keistimewaan Keahlian - Faedah istimewa dan menarik untuk semua jurulatih dan pemain akademi akar umbi bersama rakan premium FAM SupaRimau.
Berikut merupakan lampiran-lampiran poster untuk rujukan dan edaran yang boleh dimuat turun di https://bit.ly/famsuparimaucharter
 
Stuart Ramalingam
Setiausaha Agung
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan