Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 30 Julai 2020

Shukor tabik dua legenda



"TANPA B Rajinikandh dan Khairul Anuar Baharom, mungkin saya pemain yang berbeza dan saya mahu ucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana membentuk 'Shukor Adan' yang dikenali seperti hari ini," demikian pendedahan eksklusif pemain paling berpengalaman di kancah Liga Malaysia (Liga-M), Shukor Adan.
Menurut Shukor, dia rasa bertuah kerana mendapat tunjuk ajar Rajinikandh dan Khairul ketika berada di Negeri Sembilan pada 1998 bersama skuad Piala Presiden dengan mengakui karakter mereka berdua begitu banyak mempengaruhi dirinya.
Rajinikandh banyak membimbingnya dalam soal kepimpinan di atas padang serta pembacaan bola dalam permainan sementara Khairul lebih terserlah dalam semangat juang yang tidak kenal erti mengaku kalah.
Dua aspek ini membentuk acuan kepada Shukor Adan sehingga ciri kepimpinannya cukup disegani serta mampu bertindak selaku pemain pertahanan tengah yang konsisten sehingga ke hari ini.
"Kalau hendak dikongsikan tentang siapa pemain yang banyak membimbing saya sebagai pemain bola sepak, ada dua pemain yang cukup istimewa iaitu B Rajinikandh dan Khairul Anuar Baharom.
"Masa awal pembabitan saya di Negeri Sembilan, Rajinikandh bagi saya adalah seorang pemain yang ada aura tersendiri sebagai seorang ketua di atas padang walaupun dia bukan seorang yang banyak cakap.
"Namun dia banyak mengajar saya cara membaca permainan yang betul tambahan pada waktu itu saya beraksi di bahagian tengah dan saya cukup rasa bertuah kerana mendapat tunjuk ajar daripadanya.
"Khairul pula menjadi contoh dalam soal semangat juang buat pasukan apabila karakternya yang cukup keras dan tidak kenal erti mengaku kalah, begitu mengagumkan.
"Siapa sahaja yang kami jumpa di atas padang biarpun mereka adalah kawan di luar padang, Khairul selalu ingatkan pedulikan itu semua kerana apa yang penting adalah kemenangan buat pasukan bila turun beraksi," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan