Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 30 Julai 2020

Sherman nafi terima gaji RM125,000 sebulan

Penyerang import skuad Lang Merah, Kpah Sherman (depan). - Foto Amran Hamid
Penyerang import skuad Lang Merah, Kpah Sherman (depan). - Foto Amran Hamid

ALOR SETAR: Penyerang import skuad Lang Merah, Kpah Sherman menafikan dakwaan beliau menerima gaji sebanyak RM125,000 sebulan seperti yang tersebar luas sebelum ini.

"Mulanya saya tidak mahu memberi apa-apa komen, tetapi terdapat khabar angin di luar sana yang menyatakan gaji saya kononnya mencecah RM125,000. Saya mahu nyatakan ini tidak benar.

"Lain kali sesiapa yang yang membuat berita berkenaan sila rujuk terlebih dahulu untuk mendapat kepastian," kata penjaring terbanyak Liga Malaysia (Liga M) musim lalu itu.

"Jika sekalipun seorang pemain itu mencapai tahap gaji sebegitu, adalah tidak profesional untuk mendedahkan gaji berkenaan kepada umum ataupun media. Ini tidak profesional,".

Sherman yang berasal dari Liberia turut berharap sangat berharap isu gaji tertunggak hampir lima bulan membabitkan pemain Kedah ditangani segera bagi mengelak lebih banyak tanggapan negatif.

"Sesiapa saja yang bertanggungjawab dalam hal ini, ia perlu menyelesaikan isu ini dengan bijak dan menggunakan kaedah terbaik.

"Bayaran gaji ini bukan saja impaknya kepada kami sebagai pemain, tetapi turut memberi kesan kepada keluarga," katanya.

Dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini, penyerang berusia 28 tahun ini membantu Kedah meledak satu gol manakala bagi saingan Liga Super bermula 28 Februari lalu, beliau membuktikan ketajamannya dengan mencetak tiga gol.

Sherman kini mendahului senarai sebagai penjaring terbanyak untuk pasukan Kedah dalam tiga perlawanan terakhir Liga M sebelum dihentikan akibat wabak COVID-19.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan