Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 27 Julai 2020

Setelah empat bulan berada di rumah ekoran PKP dan baru sebulan dibenarkan berlatih, Kuching FA terpaksa kembali duduk di rumah selama 14 hari.

Pasukan Kuching FA kuarantin 14 hari


Seluruh pemain, pengurusan serta staf kejurulatihan pasukan Kuching FA menjalani kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari.

Ini selepas seorang pemainnya disahkan positif COVID-19 dan dipercayai berpunca dari kluster Hospital Sentosa di Sarawak.

Presiden Persatuan Bolasepak Kuching, Fazzruddin Abdul Rahman juga memaklumkan, pejabat persatuan ditutup sementara waktu bagi memberi laluan kepada proses sanitasi.

“Sepanjang tempoh kuarantin 14 hari itu, mereka diarah diasingkan dengan ahli keluarga,” katanya kepada Berita Harian.

“Justeru, kesemua aktiviti latihan kami diberhentikan sementara waktu selaras dengan panduan dan arahan daripada pihak berkuasa demi keselamatan pemain dan masyarakat.”

Situasi itu membimbangkan kerana berkemungkinan akan memberi kesan kepada jadual saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Bagaimanapun, MFL menegaskan pasukan Kuching FA masih mempunyai masa untuk bebas daripada wabak itu dan memberi jaminan bahawa Liga Malaysia akan tetap bersambung pada 26 Ogos ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan