Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 29 Julai 2020

Semua perlawanan wajib ikut SOP


LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) sudah mengeluarkan jadual perlawanan Liga Super dan Liga Premier yang dikemaskini daripada kesinambungan jadual Liga Malaysia (Liga M) yang asal sebelum ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan, Liga Malaysia kembali bersambung 26 Ogos 2020 di mana perlawanan akan dilangsungkan secara satu pusingan bermula minggu kelima sehingga minggu ke-11.

Beliau berkata, perancangan jadual turut mengambil kira persiapan pasukan kebangsaan bagi menghadapi Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 (FIFA dan AFC) pada bulan Oktober dan November 2020.

Namun Ab Ghani menegaskan MFL sedang memantau perkembangan terkini Wabak Covid-19 di Sabah dan Sarawak dan sebarang keputusan ke atas pasukan Sabah, Sarawak United FC dan Kuching FA akan dimaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan.

"Penundaan tarikh Liga Juara Asia 2020 yang membabitkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) (17 Oktober hingga 4 November 2020) turut diambil kira di mana perancangan pihak penyiar rasmi dan komersial yang sudah dirangka lebih awal oleh MFL.

"Sementara perlawanan tertunda yang melibatkan perlawanan Liga Super 2020 di antara PJ City FC melawan Terengganu FC dan Liga Premier 2020 di antara UKM FC melawan Kelantan akan berlangsung pada hari Sabtu, 22 Ogos depan," katanya, di sini.

Dalam perkembangan sama, Ab Ghani memberitahu perlawanan akan diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) perlawanan tanpa penonton seperti yang ditetapkan oleh MFL sebelum ini.

Beliau mengingatkan semua pasukan hendaklah mematuhi arahan seperti yang ditetapkan di dalam SOP pengelolaan perlawanan yang sudah diberikan kepada setiap pasukan bertanding.

"SOP Pengelolaan Perlawanan Liga Malaysia 2020 adalah turut terpakai bagi pengelolaan perlawanan persahabatan bermula 2 Ogos depan," katanya.

Sementara itu, Ab Ghani turut menjelaskan pelaksanaan pindaan sementara peraturan pertandingan yang membenarkan pertukaran daripada tiga kepada lima pemain dalam satu perlawanan.

"Setiap pasukan dibenarkan untuk menggunakan penggantian pemain simpanan maksimum seramai lima orang.

"Bagi mengurangkan gangguan terhadap perjalanan perlawanan, setiap pasukan diberikan maksima tiga peluang pertukaran semasa perlawanan, pertukaran pemain juga dibenarkan semasa rehat separuh masa.

"Sekiranya kedua-dua pasukan membuat pertukaran pada masa sama, ia akan dikira sebagai salah satu dari tiga peluang pertukaran yang diberikan kepada setiap pasukan.

"Selain itu, pemain simpanan dan peluang pertukaran pemain yang tidak digunakan sepanjang tempoh perlawanan sebenar (90 minit), boleh dibawa dan digunakan semasa masa tambahan sekiranya ada.

"Bagi peraturan pertandingan yang membenarkan pertukaran pemain semasa permainan masa tambahan, pasukan akan mempunyai satu peluang pertukaran tambahan, pertukaran pemain juga boleh dibuat sebelum bermulanya permainan masa tambahan dan semasa rehat separuh masa permainan masa tambahan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan