SELANGOR dan Stadium Shah Alam tidak boleh dipisahkan tetapi status venue itu ketika ini seakan-akan menafikan hak pasukan berkenaan.
Ketua Jurulatih Selangor, B. Satianathan, menjelaskan pasukan Gergasi Merah itu terpaksa menggunakan Stadium UiTM Shah Alam menjelang penyambungan Liga Super bulan depan memandangkan laman keramat mereka itu perlu melalui proses baik pulih.
"Mungkin ini nasib saya kerana musim ini, kami belum pernah dapat beraksi di laman sendiri.
"Dan sekarang Stadium UiTM akan menjadi stadium utama kami bagi baki saingan liga musim ini."Proses membaiki stadium itu akan mengambil masa dan kami perlu terima hakikat ini.
"Saya tidak berapa jelas dengan tempoh yang diberikan kepada Selangor dan buat masa ini, saya tidak tahu bila kami akan dapat menggunakan Stadium Shah Alam.
Pertahanan tengah Selangor, Taylor Reagan, menambah: "Sedikit pelik apabila tidak dapat beraksi di Shah Alam kerana ia merupakan laman keramat pasukan ini tetapi kami perlu akur dan memandang ke depan demi memastikan Selangor terus gah."
Dalam pada itu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan bahawa Selangor telah memilih Stadium UiTM sebagai gelanggang pertandingan selepas mendapati Stadium Shah Alam tidak sesuai untuk digunakan.
"MFL mengetahui status Stadium Shah Alam menerusi kenyataan media daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon, yang memutuskan untuk tidak menggunakan Stadium Shah Alam ekoran keadaan stadium itu," kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.
"FAS memilih Stadium UiTM Shah Alam sebagai venue utama pasukan Selangor manakala skuad Selangor II pula akan beraksi di Stadium MPPJ."

"Saya harap jika kehadiran penyokong dibenarkan, kami dapat menggunakan semula Stadium Shah Alam kerana peminat sentiasa menjadi nadi kepada Selangor di Shah Alam," katanya.
Pertahanan tengah Selangor, Taylor Reagan, menambah: "Sedikit pelik apabila tidak dapat beraksi di Shah Alam kerana ia merupakan laman keramat pasukan ini tetapi kami perlu akur dan memandang ke depan demi memastikan Selangor terus gah."
Dalam pada itu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan bahawa Selangor telah memilih Stadium UiTM sebagai gelanggang pertandingan selepas mendapati Stadium Shah Alam tidak sesuai untuk digunakan.
"MFL mengetahui status Stadium Shah Alam menerusi kenyataan media daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon, yang memutuskan untuk tidak menggunakan Stadium Shah Alam ekoran keadaan stadium itu," kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.
"FAS memilih Stadium UiTM Shah Alam sebagai venue utama pasukan Selangor manakala skuad Selangor II pula akan beraksi di Stadium MPPJ."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan