Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 22 Julai 2020

Presiden FUFC dijangka diumumkan Ogos


KELAB Bolasepak Felda United (FUFC) belum memutuskan individu yang akan memegang jawatan presiden kelab itu berikutan kematian penyandang, Anuar Malek pada 11 Julai lalu.

Setiausaha Agung FUFC Afizal Abu Othman berkata, setakat ini, pengurusan kelab belum lagi membuat sebarang keputusan berhubung pelantikan presiden baharu.

"Buat masa ini, belum ada pengganti lagi dan kemungkinan individu yang akan memegang jawatan presiden akan diumumkan Ogos ini.

"Segalanya masih di peringkat perbincangan dalam melantik presiden baharu dan kini menunggu keputusan daripada pengurusan tertinggi Felda," katanya.

Pada 11 Julai lalu, Anuar, 57 meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara akibat komplikasi jantung kira-kira jam 3 pagi.

Allahyarham Anuar disifatkan sebagai seorang individu yang amat berdedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan selain berjaya membawa pembaharuan ke dalam skuad 'The Fighters' yang sebelum ini bergelut dengan krisis kewangan.

Pembaharuan paling ketara yang dibawa oleh Allahyarham adalah mengetengahkan anak-anak Felda dalam pasukan pembangunan Felda United, selain turut membawa masuk sebahagian besar anak-anak Felda ke dalam skuad utama Liga Super.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan