Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 25 Julai 2020

Populariti Tauke dibayangi dengan nama ejaan yang salah dalam hampir setiap liputan media ketika zaman beliau beraksi.

Soh Chin Ann, bukan Soh Chin Aun


Sehingga hari ini Datuk Soh Chin Ann tidak faham mengapa nama beliau disalah eja sebagai Soh Chin Aun.

Mengikut kad pengenalan bekas pemain pertahanan negara itu, namanya sememangnya dieja Soh Chin Ann.

Beliau mula menempa nama sebagai salah seorang pertahanan kental dalam skuad kebangsaan sehingga mendapat gelaran Tauke pada era 1970an.

Malangnya, popularitinya dibayangi dengan nama ejaan yang salah dalam hampir setiap liputan media ketika itu.

“Apabila saya bertanyakan kepada rakan-rakan media, mereka seolah-olah memandang ringan. Mungkin ketika itu mereka berasakan nama saya seperti nama perempuan,” katanya seperti yang diaporkan oleh akaun Facebook FAM.

Chin Ann diberi peluang di peringkat skuad kebangsaan apabila menjadi sebahagian dari pasukan negara pada Piala Raja-Raja Thai di Bangkok pada 1969 untuk mewakili barisan remaja Malaysia ke Kejohanan Asia AFC pada 1969 dan 1970.

Susulan persaraan M. Chandran dan disusuli Namat Abdullah, Chin Ann diberi penghormatan untuk memakai lilitan kapten bermula 1975 hingga persaraannya pada pra-Piala Asia pada Oktober 1984.

Chin Ann membuat 252 penampilan antarabangsa, termasuk perlawanan bukan berstatus A.

Sekalipun menjadi satu-satunya individu yang menganggotai pasukan negara untuk dua Sukan Olimpik pada 1972 dan 1980, memori paling manis buat Chin Ann ialah menjadi teras kepada skuad negara bimbingan Jalil Che Din yang mengutip pingat gangsa di Sukan Asia Tehran pada 1974.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan