Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 21 Julai 2020

PJ City tampil lebih padu




PEMAIN berpengalaman PJ City FC, Christie Jayaseelan percaya kelab itu akan lebih padu sebaik saingan Liga Malaysia (Liga M) bersambung bulan depan.

Pemain tengah itu berkata, berdepan Terengganu FC (TFC) yang dijadualkan pada 22 Ogos ini, diharap membantu kelab itu mengutip tiga mata.

"Kami bermain lebih awal berdepan TFC ketika pasukan lain hanya memulakan kembali kempen Liga M pada 26 Ogos ini kerana penangguhan liga pada Mac lalu.

"Oleh itu, kami perlu mempersiapkan pasukan lebih awal terutama meningkatkan daripada segi kecergasan selepas `berehat' panjang sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

"Mahu atau tidak, kami perlu bekerja keras dan setakat ini segalanya berjalan lancar kerana semua pemain termasuk import memberikan komitmen tinggi terhadap pasukan," katanya.

Ditanya tahap kecergasan, Christie berpuas hati dengan sesi latihan yang dilakukan sejak tiga minggu lalu.

Katanya, semuanya dilihat positif untuk kembali membentuk persefahaman seperti yang dilakukan pada awal musim.

Sebelum Liga M ditangguhkan Mac lalu, skuad kendalian K Devan dan TFC hanya sempat mengharungi tiga perlawanan berbanding pasukan lain.

Berdasarkan rekod tiga perlawanan itu, PJ City mengutip empat mata hasil kemenangan 3-2 ke atas Pahang, seri 1-1 dengan Felda United FC dan tewas 0-2 kepada Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan