Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 28 Julai 2020

Piala AFF ditunda ke tahun depan


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kecemasan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) mencadangkan supaya saingan Piala AFF pada tahun ini ditunda ke tahun depan.

Media Vietnam, VN Express melaporkan menerusi mesyuarat secara dalam talian yang dipengerusikan Presiden AFF, Khiev Sameth bersama Naib Presiden Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF), Tran Quoc Tuan dan ahli jawatankuasa membincangkan sama ada Piala AFF 2020 dapat diteruskan seperti biasa susulan penularan COVID-19.

Berdasarkan penilaian yang dibuat kepada situasi pandemik itu di Asia Tenggara, jawatankuasa menjelaskan situasi buruk COVID-19 dijangka kekal sehingga hujung tahun sekali gus menyebabkan saingan itu tidak dapat dijalankan mengikut perancangan asal.

Pihaknya sedar betapa penganjuran pertandingan itu memiliki prestijnya yang tersendiri dan jawatankuasa mencadangkan Piala AFF ditangguhkan ke tahun depan.

Bagaimanapun, Tuan mengakui jadual sememangnya padat untuk kalendar antarabangsa pada tahun depan sekali gus beberapa perkara perlu diteliti sekiranya pertandingan itu mahu dianjurkan.

"Jawatankuasa Kecemasan akan terus berbincang untuk mencari langkah yang muktamad," kata Tuan yang turut memaklumkan mesyuarat seterusnya akan berlangsung pada 30 Julai.

Berdasarkan jadual sedia ada, Piala AFF akan berlangsung pada 23 November hingga 31 Disember dengan Vietnam menjadi juara bertahan bagi pertandingan itu.

Menerusi beberapa perubahan bagi edisi kali ini, setiap pasukan boleh memilih 70 pemain bagi skuad awal dan 30 pemain untuk senarai akhir selain mereka boleh mendaftarkan 23 pemain dalam setiap perlawanan berbanding 20 pemain sebelum ini.

- AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan