Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 25 Julai 2020

Perancangan Liga M tak terjejas


KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) optimis perancangan Liga Malaysia (Liga M) tidak akan terjejas sekalipun dikejutkan dengan berita mengenai seorang pemain Kuching FA didapati positif COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Ghani Hassan melontarkan keyakinan itu memandangkan pemain terbabit tidak dijangkiti menerusi aktiviti bola sepak, sebaliknya berpunca daripada tempat kerjanya dan diklasifikasikan dalam Kluster Sentosa.

"MFL bersimpati dengan apa yang menimpa pemain itu namun pengurusan mengambil tindakan yang bijak kerana terus mengarahkannya menjalani kuarantin di rumah dan melakukan ujian calitan.

"Kalau kita lihat, dia tidak dijangkiti pada sesi latihan dan tidak bernasib baik apabila mendapat jangkitan daripada punca yang lain.

"Jadi, kita positif perkara ini tidak mengganggu perancangan sedia ada. Apapun, sama-sama kita doakan supaya ia dapat berjalan dengan lancar," katanya.

Terdahulu, Kuching FA yang beraksi dalam Liga Perdana mengesahkan seorang pemain pasukan itu didapati positif COVID-19 dan diklasifikasikan sebagai Kluster Sentosa.

Dalam kenyataannya, pasukan itu menjelaskan pihaknya menghentikan semua aktiviti latihan buat sementara waktu dan mengikuti panduan serta arahan daripada pihak berkuasa demi keselamatan pemain dan masyarakat.

Dalam masa sama, Ghani turut menyeru semua pasukan supaya dapat terus mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika sesi latihan dan mematuhi saranan daripada kerajaan bagi memutuskan rantaian COVID-19.

"Disiplin pemain dan jurulatih perlulah sentiasa dikekalkan dan berada pada tahap yang tertinggi. Sentiasalah menjaga diri pada sesi latihan dan ketika berada di luar," katanya.

Sebagai rekod, Liga M yang ditangguhkan sejak 16 Mac lalu akan kembali bersambung pada 26 Ogos ini membabitkan saingan Liga Super dan Liga Perdana, manakala saingan Piala Malaysia akan bermula pada 17 dan 18 Oktober depan.

Bagaimanapun, perlawanan tertunda iaitu aksi Liga Super yang menemukan PJ City FC dengan Terengganu FC (TFC) serta Liga Perdana antara UKM FC dan Kelantan akan berlangsung lebih awal iaitu pada 22 Ogos.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan