Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 31 Julai 2020

Penting bagi setiap individu menghayati erti pengorbanan dari sudut tanggungjawab masing-masing agar dapat bergerak seiringan dalam mengembalikan dan memartabatkan bola sepak negara.

FAM harap peminat bola sepak tabah hadapi pengorbanan


Peminat bola sepak diharap dapat bertabah dalam menghadapi pengorbanan tahun ini, selepas lima bulan hidup tanpa sebarang aksi bola sepak negara ekoran wabak COVID-19.
Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin berkata meskipun Aidiladha kali ini sedikit berbeza, beliau berharap peminat terus berdoa agar diberi ketabahan serta di bawah limpah rahmat Allah.
“Umat Islam masih boleh melakukan ibadah korban dan saya mendoakan agar mereka yang menunaikannya diberi ganjaran berlipat ganda,” kata Hamidin menerusi laman Facebook rasmi FAM.
Dalam pada itu, Hamidin juga mengingatkan peminat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengawal penularan COVID-19 yang masih belum reda.
“Marilah kita bersama-sama menyempurnakan tugas dan tanggungjawab kita sebagai orang Islam yang patuh kepada ajaran Allah dengan merapatkan barisan dan mengikat hubungan silaturahim sesama kita, terutama bermuafakat dalam membendung penularan COVID-19.
“Adalah penting bagi setiap individu menghayati erti pengorbanan dari sudut tanggungjawab masing-masing agar kita bergerak seiringan mengembalikan dan memartabatkan bola sepak negara,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan