SEMUA pemain Kuching FA akan menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) kedua minggu depan sebelum dibenarkan meneruskan sesi latihan.
Presiden Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, buat masa ini aktiviti latihan skuad Liga Premier yang berpangkalan di bandar raya Kuching itu diberhentikan sementara waktu selaras dengan panduan serta arahan pihak berkuasa demi keselamatan pemain dan masyarakat.
“Selepas saringan kedua dilakukan barulah kami akan melapor kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan memohon semula untuk meneruskan sesi latihan,” katanya.
Pada Jumaat lalu seorang pemain kelab itu yang juga kakitangan Hospital Sentosa disahkan positif Covid-19 dan diklasifikasikan dari kluster Sentosa.
Kuching FA muncul naib juara dalam saingan Liga M3 pada 2018 dan kini beraksi dalam Liga Premier 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan