Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 31 Julai 2020

Nampaknya penyokong Kedah "membayar gaji" kepada pasukan Kedah lebih awal daripada pengurusan Kedah.

Ultras Kedah bagi sumbangan kepada pasukan Kedah


Ultras Kedah 2009 tampil memberikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada pasukan Kedah, yang berdepan dengan tunggakan gaji selama lima bulan sejak Februari lalu.
Jurucakap kumpulan penyokong itu, Mohd Sayuti Ismail berkata pihaknya prihatin dan berasa bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada pasukan kesayangan mereka.
“Walaupun jumlah sumbangan ini agak kecil, kami amat berharap dapat sedikit sebanyak membantu pihak KFA dalam keadaan sukar kini,” katanya kepada Harian Metro.
“Dalam keadaan dunia sekarang termasuk Malaysia yang sedang dilanda wabak COVID-19 ini, kebanyakan sektor amat terkesan termasuk bola sepak dan sebagai warga Kedah yang prihatin, kami juga tidak mahu terlepas dari peranan untuk membantu sektor bola sepak di Kedah.”
Sayuti juga mendedahkan bahawa sumbangan wang itu merupakan hasil daripada penjualan produk keluaran Ultras Kedah.
“Sumber kewangan yang kami perolehi adalah hasil dari jualan barangan cenderahati sempena sambutan ulang tahun ke-10 Ultras Kedah 2009.
“Dengan jualan ini, lebih banyak rancangan amal dapat dilakukan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan