Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 31 Julai 2020

MFL: Kuching FA masih kekal beraksi baki saingan Liga-M

Ab Ghani Hassan

Ab Ghani Hassan

KELAB Liga Premier, Kuching FA boleh menghela nafas lega apabila dibenarkan meneruskan baki saingan Liga Malaysia (Liga~M) yang dijadualkan pada 26 Ogos depan walaupun pandemik Covid-19 mengasak kem wakil dari bumi Kenyalang berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan, pada masa ini tiada keperluan untuk Kuching FA menarik diri daripada saingan Liga-M walaupun lima pemainnya disahkan positif Covid-19.

Sebaliknya jelas Ab Ghani, pengurusan skuad kendalian Ideris Utong itu sebelum ini telah pun mengambil tindakan proaktif melaksanakan proses kuarantin selama 14 hari seperti ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) sebaik sahaja seorang pemain mereka disahkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu.

"Setakat yang terkini Kuching FA kekal masih beraksi dalam baki saingan Liga-M seperti yang dijadualkan bermula pada 26 Ogos ini.

"Apabila selesai tempoh kuarantin 14 hari, mereka boleh kembali menjalani latihan semula seperti biasa," katanya kepada Sinar Harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan