Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 18 Julai 2020

Luqman disenarai calon 'Golden Boy'

Luqman dicalonkan dalam 80 bintang muda bagi anugerah 'Golden Boy' musim 2019/20 oleh portal bola sepak Belanda, 433.

KUALA LUMPUR: Biarpun belum terbang ke Belgium, nama Luqman Hakim Shamsudin sudah mula dikenali di Eropah selepas dia dicalonkan dalam 80 bintang muda bagi anugerah 'Golden Boy' musim 2019/20 oleh portal bola sepak Belanda, 433.

Penyerang muda yang akan menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk itu tersenarai bersama beberapa pemain dari kelab besar termasuk Erling Braut Haland (Borussia Dortmund), Ansu Fati (Barcelona), Phil Foden (Manchester City) dan Callum Hudson-Odoi (Chelsea).

Malah, pencalonan itu tampak menjadi satu lagi pencapaian terbaik Luqman selain menunjukkan namanya kita sudah mula dikenali termasuk di Eropah.

Sebelum ini, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu selepas pernah disenaraikan dalam 60 pemain muda terbaik dunia oleh portal antarabangsa, The Guardian.

Luqman Hakim Shamsudin. - Foto NSTP

Luqman Hakim Shamsudin. - Foto NSTP

Menariknya, daripada 60 pemain yang disenaraikan itu, hanya lima pemain daripada Asia termasuk Luqman yang menarik perhatian untuk disenaraikan dalam kelompok pemain terbaik yang lahir pada 2002.

Empat pemain itu adalah Jun Nishikawa (Jepun/ Cerezo Osaka), Khasanov Mukhriddin (Tajikistan/ Parvoz), Suphanat Muenta (Thailand/ Buriram United) dan Jasurbek Jaloliddinov (Uzbekistan/ Bunyodkor).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan