Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 30 Julai 2020

LIMA PEMAIN KUCHING FA DISAHKAN POSITIF COVID-19 SETAKAT INI

Peningkatan kes COVID-19 telah membimbangkan para peminat bola sepak tempatan apabila 4 lagi pemain daripada kelab Liga Premier, Kuching FA disahkan positif setelah melalui ujian calitan pertama.
:
Perkembangan tersebut didedahkan oleh Setiausaha Kuching FA, Iswandi Ali Hassan melalui laporan dalam Sinar Harian, menjadikan keseluruhan 5 pemain kelab itu dijangkiti wabak pandemik setakat ini.
:
Malah, beliau juga menjangkakan akan ada penambahan bilangan pemain yang positif apabila ujian saringan kedua bakal dilakukan pada minggu depan.

“ Tiga pemain skuad senior dan seorang pemain skuad Piala Presiden yang mengikuti latihan bersama skuad utama Kuching FA disahkan positif Covid-19. Kami menjangkakan kemungkinan ada lagi penambahan kes kerana keputusan penuh hasil ujian masih belum lagi kami peroleh. Swap test kedua untuk semua pemain akan bermula pada 4 hingga 6 Ogos depan,” jelasnya.
View this post on Instagram

LIMA PEMAIN KUCHING FA DISAHKAN POSITIF COVID-19 SETAKAT INI : Peningkatan kes COVID-19 telah membimbangkan para peminat bola sepak tempatan apabila 4 lagi pemain daripada kelab Liga Premier, Kuching FA disahkan positif setelah melalui ujian calitan pertama. : Perkembangan tersebut didedahkan oleh Setiausaha Kuching FA, Iswandi Ali Hassan melalui laporan dalam Sinar Harian, menjadikan keseluruhan 5 pemain kelab itu dijangkiti wabak pandemik setakat ini. : Malah, beliau juga menjangkakan akan ada penambahan bilangan pemain yang positif apabila ujian saringan kedua bakal dilakukan pada minggu depan. “ Tiga pemain skuad senior dan seorang pemain skuad Piala Presiden yang mengikuti latihan bersama skuad utama Kuching FA disahkan positif Covid-19. Kami menjangkakan kemungkinan ada lagi penambahan kes kerana keputusan penuh hasil ujian masih belum lagi kami peroleh. Swap test kedua untuk semua pemain akan bermula pada 4 hingga 6 Ogos depan,” jelasnya.

A post shared by BrotherhoodJOHOR (@brotherhoodjohor) on

Tiada ulasan:

Catat Ulasan