Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 26 Julai 2020

'Lebih baik aku sayang bini'

Khalid menandatangani jersi pada majlis bertemu peminat di Bangi, semalam.
Khalid menandatangani jersi pada majlis bertemu peminat di Bangi, semalam.

KUALA LUMPUR: "Daripada sayang kasut, baik aku sayang bini (isteri) aku!"

Itu reaksi yang diberikan bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus sekali gus membayangkan dia sememangnya sudah bersedia untuk melepaskan anugerah berprestij - Kasut Emas - yang dimenanginya pada 2002 itu.

Jawapan itu dilontarkan Khalid selepas seorang penyokong bertanyakan kepadanya sama ada dia betul-betul mahu melepaskan Kasut Emas itu dan adakah dia tidak menyayangi anugerah yang dirangkulnya selepas meledak 17 gol dalam saingan Liga Perdana 2002?

"Sayang (kasut) ke tidak? Betul nak jual?," kata seorang penyokong pada Majlis Bertemu Peminat Khalid Jamlus yang berlangsung di Bangi, semalam.

"Daripada sayang kasut, baik aku sayang bini aku," jawap Khalid secara berseloroh.

Jawapan balas Khalid itu membuatkan majlis menjadi riuh dan disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua yang hadir pada majlis terbabit.

Sebagai rekod, bekas penyerang Perak itu mengesahkan kasut terbabit akan dijual pada harga RM99,999 kepada seorang individu yang kini berada di Australia dan hanya ingin dikenali sebagai Tuah Nice.

"Terima kasih kepada pembeli. Saya tunggu anda balik ke sini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan