
"KUZRI memang layak untuk bersama skuad Bawah 19 (B-19)," Itu pandangan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal berkaitan adiknya Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal yang dikatakan mungkin terpilih mewakili B-19 atas faktor pengaruhnya.
Wan Ahmad Fayshal berkata, pemilihan skuad B-19 terletak di tangan pengendalinya Brad Maloney dan beliau sendiri tidak akan masuk campur atau memberikan tekanan kepada barisan kejurulatihan.
Beliau berkata, Maloney sebelum ini sudah menyatakan rasa kagum seterusnya mahu Kuzri terbabit dengan pasukan B-19 bagi membantu meraih kejayaan pada Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 Bawah 19 tahun (B-19) di Uzbekistan, Oktober ini.
"Sebenarnya, saya hadir atau tidak jika ikutkan kepada telahan jurulatih (Maloney) sendiri kagum dan mahu Kuzri terbabit dengan pasukan B-19.
"Saya tidak akan beri tekanan atau kelebihan kepada Kuzri kerana yakin dengan kemampuan adik sendiri.
"Mungkin persepsi tidak boleh dinafikan namun saya yakin perkara ini boleh diputuskan secara objektif berdasarkan pemerhatian barisan kejurulatihan," katanya.
Sebelum itu, kelibat Wan Ahmad Fayhsal di padang latihan Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya baru-baru ini, nyata tidak disenangi segelintir pihak.
Beliau yang hadir bagi memberi sokongan kepada adiknya, Wan Kuzri yang pertama kali menyertai latihan pusat fasa 1 skuad bawah 19 (B-19) negara dianggap tidak baik dan boleh mencetuskan rasa bias dalam pemilihan pasukan kali ini.
Salah satu portal bola sepak tempatan iaitu YouthFootball Malaysia meluahkan pandangan proses pemilihan pemain di lihat boleh mempengaruhi keputusan barisan kejurulatihan FAM ekoran kedudukannya selaku individu penting dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Pandangan yang dikongsikan di dalam laman Twitter itu kemudiannya mencuri perhatian Wan Kamal yang juga bapa kepada Fayhsal dan Kuzri.
Menurutnya, beliau bersetuju dengan YouthFootball Malaysia itu dan mahu Kuzri tidak diganggu ketika latihan yang akhirnya boleh menjejaskan tujuan asal pemain itu hadir ke Malaysia untuk membantu skuad kendalian Maloney.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan