Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 22 Julai 2020

Harap tiada pemain ikut Seung Jo

Ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah. - Foto Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah menegaskan tidak sanggup lagi kehilangan mana-mana pemain selepas tonggak import dari Korea Selatan, Kang Seung Jo menarik diri dari pasukan itu sebelum ini.

Pengendali berusia 44 tahun itu bagaimanapun lega selepas skuad The Red Warriors (TRW) akhirnya mendapat kebenaran daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk memulakan latihan, semalam.

"Sebenarnya memang masa terlalu singkat buat kami, tetapi saya percaya semua pemain akan bekerja keras untuk melakukan sehabis baik di mana mereka juga faham mengenai situasi sebelum ini yang melambatkan proses untuk pasukan berlatih lebih awal.

"Saya harap pemain dapat menyesuaikan diri dengan segera dalam padang, apatah lagi Kang Seung Jo juga sudah meninggalkan pasukan. Jadi, saya tidak sanggup lagi kehilangan mana-mana pemain dan kita akan beraksi bermati-matian dengan kudrat yang ada.

"Untuk musim ini, kita fokus betul-betul bukan sahaja dalam liga, tetapi sekurang-kurangnya mampu layak beraksi di Piala Malaysia," katanya.

Bukan tugas mudah untuk Yusri mempersiapkan pasukan dengan masa yang suntuk ini, apatah lagi mereka akan memulakan perlawanan lebih awal berdepan UKM FC bagi melengkapkan aksi tertunda pada 22 Ogos ini, sementara pasukan lain hanya akan mula beraksi pada 26 Ogos.

Namun, bekas pengendali Kuala Lumpur itu menyifatkan UKM turut berdepan situasi sama apabila baru sahaja memulakan latihan pertama kelmarin dan kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang meraih tiga mata penting.

"Saya tahu bukan mudah untuk pemain kejar balik segala latihan rapi dalam masa yang singkat, tetapi saya ingin tekankan apa pun yang jadi, mereka harus mendapatkan kembali tahap kecergasan kerana tanpa kecergasan yang tinggi, apa pun tidak akan menjadi di atas padang.

"Kelebihan tidak memihak kepada sesiapa, baik Kelantan atau UKM sebab kedua-duanya mempunyai peluang sama rata untuk menang," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan