Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 29 Julai 2020

GAGAL MEMBAYAR GAJI ADALAH SATU KEGAGALAN BESAR SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN - TMJ 🔥🔥🔥.

Kebajikan para pemain adalah antara perkara terpenting di Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sejak penubuhan kelab oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pada tahun 2013.
:
" Gagal membayar gaji adalah satu kegagalan besar sebagai seorang pemimpin," titah DYAM Tunku Ismail.
:
Harimau Selatan tidak mempunyai sebarang isu berkaitan gaji atau bonus kepada para pemain, jurulatih dan kakitangan sejak 2013. 
:
Kelab ini juga menyediakan fasiliti bertaraf dunia yang boleh dikatakan terbaik di Asia Tenggara dan keputusan mengesahkannya — 15 trofi, termasuk mencipta rekod sebagai juara Piala AFC 2015 dan juara Liga Super Malaysia enam tahun berturut-turut. Malahan Akademi JDT juga berjaya membawa pulang pelbagai trofi sejak dua musim lepas. 
:
Pandemik Covid-19 menguji kewangan kelab namun pemain, jurulatih, kakitangan dan pengurusan telah menunjukkan apa maksud sebenarnya Keluarga JDT apabila sebulat suara bersetuju untuk memotong gaji dalam membantu kewangan kelab dan juga bersetuju untuk menderma sebahagian gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial mereka. Luaskan Kuasamu Johor.


View this post on Instagram

GAGAL MEMBAYAR GAJI ADALAH SATU KEGAGALAN BESAR SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN - TMJ 🔥🔥🔥. : Kebajikan para pemain adalah antara perkara terpenting di Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sejak penubuhan kelab oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pada tahun 2013. : " Gagal membayar gaji adalah satu kegagalan besar sebagai seorang pemimpin," titah DYAM Tunku Ismail. : Harimau Selatan tidak mempunyai sebarang isu berkaitan gaji atau bonus kepada para pemain, jurulatih dan kakitangan sejak 2013. : Kelab ini juga menyediakan fasiliti bertaraf dunia yang boleh dikatakan terbaik di Asia Tenggara dan keputusan mengesahkannya — 15 trofi, termasuk mencipta rekod sebagai juara Piala AFC 2015 dan juara Liga Super Malaysia enam tahun berturut-turut. Malahan Akademi JDT juga berjaya membawa pulang pelbagai trofi sejak dua musim lepas. : Pandemik Covid-19 menguji kewangan kelab namun pemain, jurulatih, kakitangan dan pengurusan telah menunjukkan apa maksud sebenarnya Keluarga JDT apabila sebulat suara bersetuju untuk memotong gaji dalam membantu kewangan kelab dan juga bersetuju untuk menderma sebahagian gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial mereka. Luaskan Kuasamu Johor.

A post shared by BrotherhoodJOHOR (@brotherhoodjohor) on

Tiada ulasan:

Catat Ulasan