Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 21 Julai 2020

FAM ambil alih AFL

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mempengerusikan mesyuarat. - Foto ihsan Facebook FAM

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Amatur (AFL) sah akan bernaung di bawah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermula musim depan.

Perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat ahli jawatankuasa eksekutif (EXCO) FAM kali ke-11 bagi penggal 2017-2021, hari ini.

"Disahkan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menyerahkan AFL iaitu badan pengendali Liga M3 dan M4 kepada FAM," kata FAM dalam kenyataan, hari ini.

Mesyuarat berkenaan juga meluluskan pelantikan empat ahli jawatankuasa pemilihan FAM bagi penggal 2021-2025.

Kelulusan itu membabitkan pelantikan seorang pengerusi dan tiga pegawai berkecuali menganggotai jawatankuasa bebas berkenaan.

"Ia bagi memastikan proses pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2021-2025 pada Kongres FAM 2021 dijalankan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak di dalam industri atau keluarga bola sepak Malaysia," kata FAM.

Selain itu, mesyuarat EXCO turut meluluskan cadangan pindaan Statut FAM bagi memastikan statut di peringkat ahli gabungan mereka selari dengan FAM, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

"Pindaan Statut FAM ini turut mengambil kira konsep pemisahan di antara Persatuan Bola Sepak (FA) dan Kelab Bola Sepak (FC)," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan