Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 10 Julai 2020

eMFL: SIAPAKAH BAKAL BERGELAR JUARA? Kemuncak Kejohanan eMFL bakal menyaksikan pertarungan hebat sekali lagi antara lagi Johor Darul Ta’zim, Terengganu FC dan Kedah bagi merebut gelaran juara, malam ini. #eMFL #TM #BenQ

eMFL: SIAPAKAH BAKAL BERGELAR JUARA?

Kemuncak Kejohanan eMalaysian Football League (eMFL) bakal menyaksikan pertarungan hebat sekali lagi antara lagi Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC dan Kedah bagi merebut gelaran juara, malam ini.

Kedudukan kembali berubah apabila Luqman Haziq Hajiman yang mewakili JDT berjaya merampas takhta liga daripada Muhammad Imran Burhanudeen atau Imrandeen dari Kedah dengan 38 mata setakat ini, diikuti Muhammad Faiz Hariry atau Favlain di tempat kedua dengan jumlah mata yang sama.

Dua perlawanan yang berlangsung semalam nampaknya masih belum boleh meletakkan ketiga-tiga pemain itu di kedudukan selesa apabila masing-masing bertarung sengit untuk mengumpul mata dan masih lagi dibezakan dengan jurang yang begitu dekat.

Hanya dua sahaja lagi perlawanan yang perlu diharungi pada malam ini bagi menentukan siapakah yang paling layak untuk bergelar juara dan setiap pemain tidak berdepan laluan mudah kerana apa sahaja boleh berlaku pada malam ini seandainya mereka tidak memberi fokus sebaik mungkin.

Favlain nyata mampu membuat kejutan apabila hanya dibezakan dengan dua jaringan gol dengan Luqman dan perlu memastikan kemenangan berdepan UiTM FC dan PDRM mampu berpihak kepadanya, malam ini.

“Luqman dan Imrandeen pastinya tidak akan menyerah kalah dengan mudah, dan kerana saya berkongsi jumlah mata sama dengan Luqman, saya kena pastikan jumlah gol pada malam ini juga dapat membantu.

“Apa-apa pun, malam ini adalah hari yang penting dan saya harap saya dapat berikan kemenangan kepada pasukan Terengganu”, katanya.

Imrandeen pula berharap percaturannya pada malam ini menjadi apabila hanya dibezakan satu mata sahaja dengan Luqman dan Favlain.

“Saya tidak boleh tewas dalam dua perlawanan terakhir ini, dan pada masa yang sama saya perlu berharap agar Luqman dan Favlain akan kehilangan mata malam ini.

“Walau apa pun, kita tunggu dan lihat bagaimana agaknya perlawanan yang akan berlangsung dan saya janji akan melakukan yang terbaik untuk pasukan yang saya wakili, Kedah,” jelasnya.

#eMFL #TM #BenQ


Imej

Tiada ulasan:

Catat Ulasan