
Nama penyerang import dari Australia, Gus Cerro mungkin generasi muda tidak ramai yang tahu mengenainya, namun aksi beliau diatas padang ketika bersama pasukan Pahang dan Negeri Sembilan kira-kira 25 tahun dahulu pasti menggamit kenangan peminat bola sepak yang berusia dalam lingkungan 30 tahun keatas ketika ini.
VOCKETFC berkesempatan untuk menemubual Gus Cerroyang kini berada di Sydney, mengenai beberapa perkara semasa beliau menabur bakti bersama Pahang dan Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, dengan tujuan memberikan sedikit pendedahan kepada peminat liga bola sepak Malaysia terutamanya Pahang dan Negeri Sembilan.
Teruskan membaca, temubual eksklusif kami dengan Gus Cerro dibawah.
Gus Cerro: Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk mengembalikan nostalgia saya di Malaysia. Terlalu banyak pengalaman manis dan saya memerlukan beberapa jam untuk reminisce. Bagaimanapun, pertama sekali saya boleh katakan saya mempunyai hubungan baik dengan semua rakan-rakan dan orang yang saya jumpa selama ini.
Rakan sepasukan, pegawai-pegawai serta penyokong-penyokong memberikan layanan baik sepanjang bersama skuad itu.

Pasukan Pahang ketika itu adalah sebuah pasukan yang cukup berpengalaman, dan saya rasa saya perlu rate skuad ini sebagai salah sebuah pasukan terbaik dalam karier saya terutama selepas kami berjaya menjuarai liga dan bertandingan dalam perlawanan akhir semua kejohanan.
Kami bagaimanapun kurang bernasib baik dalam kejohanan Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia tetapi layak ke perlawanan akhir itu adalah satu pencapaian yang membanggakan.
Pahang ketika itu merangkul anugerah MILO Fair-Play kerana kami merupakan sebuah pasukan yang memiliki rekod disiplin paling baik pada tahun itu.
Ketika bersama Pahang, dari sudut pandangan peribadi anda sendiri, siapa pemain yang paling berpengaruh pada ketika itu dan kenapa?
Gus Cerro: Sukar untuk saya untuk memilih seorang kerana ia adalah kombinasi satu pasukan, kita tidak mampu buat seperti yang telah kami capai tanpa sumbangan dari setiap pemain sebenarnya.
Kami bagaimanapun memiliki beberapa orang pemain yang sangat berbakat, individu yang berpengalaman yang memberikan tunjuk ajar kepada pemain muda ketika itu.

Pada masa itu saya berusia 25 tahun, dan rakan saya dibahagian tengah adalah ‘The Amazing Azizul’ dan kami berdua boleh dikatakan muda serta penuh bertenaga. Tetapi, kami juga mempunyai pemain yang bijaksana dan berbakat seperti Alan Davidson, Ahmad Yusof, Azahar serta Muadzar Mohamad yang menjadi benteng pasukan.
Kami bermain dengan formasi 1-3-4-1-2. Igor Shkvyrin dan Dollah Salleh berada didepan dengan Zainal Abidin roaming dibelakang. Kami juga ada Shahruddin di posisi bek kanan, dan Zulhamizan Zakaria sebagai bek kiri melakukan overlap secara konsisten.
Pasukan pada ketika itu memiliki depth yang amat baik dengan beberapa pemain muda sedia menggalas tugas jika diperlukan.
Jika anda diminta untuk memilih seorang pemain tempatan terbaik dalam skuad Pahang 1995, siapa dan kenapa dia yang anda pilih?
Gus Cerro: Sekali lagi, kami ada skuad yang amat berbakat, tetapi saya tidak akan dapat lupakan Azizul Kamaludin dibahagian tengah beraksi bersama saya.
Dia adalah seorang individu paling tenang, santai dan bersahaja, yang kurang bercakap sepatah perkataan pun. Saya rasa dia kurang bercakap dalam bahasa Inggeris. Work rate Azizul adalah satu fenomena dan dia memiliki kemahiran yang cukup mengagumkan.

Saya masih ingat ketika kami dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk satu perlawanan dan Azizul tiada bersama skuad ketika itu. Kami tanya kepada abangnya dimana Azizul dan dia beritahu Azizul tengah tidur! Azizul memandu sendiri ke Kuala Lumpur tetapi itu adalah karektor sebenar dia.
Selain itu, saya juga meminati kombinasi Dollah Salleh dan Zainal Abidin, dan boleh dikatakan mereka ini memang tahu diantara satu sama lain ‘atas bawah’. Saya amat bertuah dapat beraksi bersama mereka.
Zainal Abidin pula adalah pemain yang selalu dibenci oleh pasukan lain. Setiap kali kami bermain ditempat lawan, kami akan masuk ke padang memeriksa keadaan padang dan ketika itu dia sentiasa menjadi tumpuan penyokong lawan. Dia mempunyai satu karektor istimewa dan pemain yang hebat, musim itu Zainal jaringkan 17 gol seingat saya.
Ada seorang pemain dalam skuad Pahang pada ketika itu yang sangat jauh meninggalkan pemain-pemain lain yang pernah saya beraksi bersama dan dia adalah Alan Davidson. Dia bukan sahaja seorang yang hebat tetapi juga cukup lengkap.
Saya banyak belajar dari dia dan Alan adalah seorang manusia yang luar biasa. Jika tidak kerana Alan Davidson saya tidak rasa akan kekal lama di Malaysia. Dia tidak sahaja mengubah saya sebagai seorang pemain tetapi juga mengubah kehidupan saya.
Jika anda mahu berjaya dalam hidup, dari apa yang saya pelajari, anda perlu bergaul dengan orang-orang hebat dan Alan Davidson adalah one of the best!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan