Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 30 Julai 2020

Datuk Haji Hamidin Kemuka Beberapa Cadangan Kepada Presiden FIFA #FAM #HarimauMalaya

Datuk Haji Hamidin Kemuka Beberapa Cadangan Kepada Presiden FIFA

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, semalam mengambil kesempatan menyuarakan beberapa pandangan selain membincangkan impak wabak COVID-19 dalam mesyuarat secara maya dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Dalam mesyuarat yang diadakan di antara Infantino dan semua presiden negara anggota FIFA dari zon Asean, Datuk Haji Hamidin meminta badan induk dunia menimbangkan dua perkara – membuka lebih banyak slot jawatankuasa tetap FIFA selain kemungkinan semua kejohanan belia peringkat umur FIFA dipertandingkan setiap tahun, bukan secara dwitahunan.

"Memandangkan FIFA mempunyai 211 negara anggota, saya mencadangkan agar FIFA membuka pintu kepada lebih ramai wakil negara anggota untuk dilantik menganggotai sembilan jawatankuasa tetap FIFA.

“Infantino menyambut baik cadangan ini dan mengatakan akan mengadakan dialog lebih terperinci berhubung perkara ini pada masa akan datang.

"Saya juga mencadangkan kejohanan belia di bawah naungan FIFA diadakan setiap tahun supaya setiap peringkat umur berpeluang beraksi dalam perlawanan kompetitif menerusi proses kelayakan dan pusingan akhir. Infantino membalas bahawa perkara ini sentiasa dalam perbincangan bersama Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan ia bergantung kepada situasi semasa ketika ini terutama selepas bulan Oktober.”

Mesyuarat berkenaan turut membincangkan situasi luar jangkaan berhubung wabak COVID-19 dan FIFA tetap menekankan kesihatan semua pihak kekal menjadi keutamaan nombor satu dalam mendepani isu berkenaan.

"Infantino menggesa semua pihak perlu bekerjasama dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bola sepak yang ditetapkan negara masing-masing.

"Semua pihak perlu berhati-hati kerana setiap negara berdepan cabaran berbeza dalam mengekang COVID-19.

"Industri bola sepak seluruh dunia menerima impak COVID-19, maka penting buat kita dan setiap 211 negara dalam gabungan FIFA memastikan tiada rantaian baru membabitkan bola sepak, " kata Datuk Haji Hamidin.

Wakil setiap negara anggota Asean seramai 11 orang dan Australia memberi gambaran dan penjelasan terperinci perihal status COVID-19 di negara masing-masing dan Datuk Haji Hamidin menyatakan kepada Infantino bahawa Liga Malaysia dijadualkan bermula 26 Ogos ini.

Datuk Haji Hamidin dijadual menyertai Kongres FIFA ke-70 secara maya pada 18 September nanti.

----

Datuk Haji Hamidin Proposed Ideas to the FIFA President

Football Association of Malaysia (FAM) President, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin took the opportunity to propose ideas besides discussing the impact of the COVID-19 pandemic in a virtual meeting with the FIFA President, Gianni Infantino, yesterday.

In a meeting held between Infantino and all FIFA member associations from the Asean zone, Datuk Haji Hamidin proposed the world governing body to consider two things - more slots for FIFA standing committee as well as the possibility of all FIFA youth tournaments being held yearly instead to the current, biennially.

"As FIFA has 211 member countries, I suggest that FIFA open the door to more member associations to be appointed to the nine standing committees of FIFA.

"Infantino welcomes this proposal and says there will be an in-depth dialogue on this matter in the future.

“I also recommended various youth tournament under the FIFA banner to be held on a yearly basis instead to the current biennial system. This will give more opportunities for every generation of footballer to be exposed to more competitive international matches via the qualifiers and the final rounds. Infantino replied that FIFA always in discussions with the Asian Football Confederation (AFC) and it depends on the current situation, at this time especially after October.

The meeting discussed over the unprecedented situation with at this critical time, FIFA recognises health remains the number one priority in facing the challenge of COVID-19.

"Infantino urges all parties to work together in complying with the Standard Operating Procedures (SOP) of football set by their respective countries.

"All parties need to be wary and attentive where each country faces different challenges in curbing COVID-19.

"The football industry around the world facing the impact of COVID-19, so it is important for us the FIFA's 211 countries to ensure that there is no new chain from football," said Datuk Haji Hamidin.

Representatives of each of the 11 Asean countries and shared on their current status of COVID-19 and Datuk Haji Hamidin told Infantino that the Malaysian League is scheduled to resume on August, 26.

Datuk Haji Hamidin is scheduled to participate in the 70th FIFA Congress also to be held virtually on September, 18.

#FAM #HarimauMalaya

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, skrin, komputer riba dan dalam


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, komputer riba dan dalam, teks yang berkata 'fam.org.my f FAMalaysiaOfficial V FAM Malaysia famalaysia TM BANKLA Yakult 10 CUCKOO'


Imej mungkin mengandungi: 9 orang, skrin


Imej mungkin mengandungi: 4 orang, skrin


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, teks yang berkata 'fam.org.my f FAMalaysiaOfficial � FAM Malaysia Im famalaysia TM BANKISLAM Yakult CUCKOO'


Tiada ulasan:

Catat Ulasan