Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 23 Julai 2020

Bola sepak Asia bakal pulih secara berperingkat

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin. - Foto Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan industri bola sepak negara di Asia yang terjejas akibat COVID-19 akan pulih secara berperingkat dalam jangka masa satu atau dua tahun.

Katanya, proses pemulihan itu mengikut kadar negara yang terkesan dan jangkaan itu berdasarkan kepada senario terkini rantaian pandemik COVID-19 yang masih belum terputus sepenuhnya.

"Industri bola sepak khususnya Asia akan berdepan beberapa cabaran utama yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini terutama dalam menjamin keselamatan dan kesihatan 47 negara Asia.

"Anjakan kehidupan ke arah kebiasaan baharu sememangnya perlu kita lalui demi keselamatan dan kesihatan serta kelangsungan industri bola sepak dalam menempuh cabaran yang tidak pernah kita fikirkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) secara maya, hari ini, yang dipengerusikan oleh presidennya, Shaikh Salman Ibrahim Al Khalifa.

Hamidin yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC bagi penggal 2019-2023 menjelaskan mesyuarat berkenaan penting bagi mencapai kata sepakat dalam hala tuju bola sepak Asia dan persiapan menjelang Piala Asia 2023 yang tertangguh akibat COVID-19.

"Susulan pandemik COVID-19, AFC memberi sokongan penuh kepada ahli gabungan terutamanya negara terjejas teruk dari sudut kewangan menerusi kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Situasi ini di luar jangkaan yang mana semua pihak perlu memikul tanggungjawab bersama serta paling penting muafakat dan saling menyokong antara satu sama lain dalam membendung krisis ini bersama," katanya.

Dalam pada itu, Kongres AFC ke-30 turut ditunda kepada 9 Disember ini dan akan diadakan secara maya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan