Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 26 Julai 2020

Bagaimanapun Sathia menganggap kes itu tidak akan menjejaskan perancangan saingan liga yang dijadualkan bersambung pada 26 Ogos.

Sathia: Pemain tidak sepatutnya berada di tempat berisiko

Jurulatih Selangor, B Sathiananthan mempersoalkan bagaimana seorang pemain Kuching FA boleh terkena jangkitan dan positif COVID-19, lima bulan selepas wabak itu berleluasa di seluruh dunia.

Ini selepas pemain itu disahkan menghidapi wabak itu dari kluster Hospital Sentosa.

Beliau hairan bagaimana seorang pemain sepenuh masa boleh dibenarkan mempunyai pekerjaan lain.

“Saya tidak pasti sama ada betul atau tidak dia bekerja di hospital tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

“Daripada apa yang saya baca di media, memang dia bekerja di situ. Itulah persoalan sekarang. Kalau dia benar-benar seorang pemain profesional, dia tak sepatutnya bekerja di tempat lain, lebih-lebih lagi di tempat berisiko tinggi.

“Saya kurang faham dengan apa yang berlaku dalam Kuching FA. Jika dulu saya mengendalikan pasukan ATM dan memang ada anggota mereka yang bermain dalam pasukan dan mendapat kelulusan FAM.

“Sama juga macam PDRM. Atas sebab pemain itu anggota PDRM yang membolehkan mereka bermain dalam pasukan tersebut. Tetapi Kuching FA ini macam mana pula? Ada industri hospitalkah?” soalnya.

Bagaimanapun Sathia menganggap kes itu tidak akan menjejaskan perancangan saingan liga yang dijadualkan bersambung pada 26 Ogos.

“Perkara ini telah berlaku di beberapa liga di luar negara tetapi liga itu tetap diteruskan. Kita juga masih belum memulakan liga dan hanya bermula 26 Ogos, masih ada masa lagi.

“Dalam pasukan Selangor sendiri, kami nasihatkan kepada pemain supaya tidak pergi ke tempat berisiko tinggi kerana ia ada dalam prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Kita juga melarang mereka bekerja di tempat lain.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan