
KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai Telekom Malaysia Berhad (TM) akan kembali menaja Liga Malaysia (Liga M) akhirnya terjawab selepas syarikat telekomunikasi itu sah menandatangani kontrak penajaan bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL), hari ini.
TM akan menjadi penaja utama bagi saingan Piala Malaysia dan sebagai penaja bersama untuk Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Cabaran.
Kontrak perjanjian selama tiga tahun itu meliputi hak penyiaran eksklusif, mudah alih dan penstriman secara online untuk Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia di semua platform unifi TV.
TM dan MFL bagaimanapun enggan mendedahkan berapa jumlah keseluruhan tajaan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan