
Safawi Rasid menyatakan bahawa beliau sentiasa bersedia untuk beraksi di luar negara, jika ada tawaran yang baik datang kepada beliau.
Namun penyerang kebangsaan itu berkata, perpindahan itu hendaklah menerusi saluran yang betul. Beliau masih lagi pemain JDT, dan perpindahan yang dibuat harus menerusi JDT.
Kelab yang mahukan khidmat beliau perlu mendapatkan kebenaran JDT terlebih dahulu untuk bercakap dengan wakil beliau. Jika ada persetujuan di antara semua pihak dicapai, maka Safawi akan pergi.
Beliau menegaskan, setiap pemain profesional di dalam Malaysia mengimpikan untuk bermain bola sepak di luar negara terutama sekali di Eropah.
Dipetik dari sumber Arena Metro, Safawi berkata: “Bagi saya memang kalau boleh saya nak tawaran yang rasmi dari luar negara yang akan berurusan terus dengan JDT.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan