Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 24 Februari 2020

PIALA FA 2020: KL ROVERS TERLALU AMPUH BUAT SOUTHERN FC KL Rovers menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah besar menundukkan Southern FC 4-1 pada Pusingan Pertama Piala FA, pada Ahad...#PialaFA2020

PIALA FA 2020: KL ROVERS TERLALU AMPUH BUAT SOUTHERN FC
KL Rovers menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah besar menundukkan Southern FC 4-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada Pusingan Pertama Piala FA, pada Ahad.
Skuad kendalian Nazrulerwan Makmor itu nyata sukar digugat sejak awal permainan apabila telah mendahului seawal minit ketiga melalui tandukan Davy Angan sebelum gandingannya di bahagian serangan, Sergio Aguero meletakkan kedudukan 2-0 pada minit-45.
Syed Ariff Syed Mohammad Uzir terus menghukum kerapuhan benteng Southern FC pada minit-56 dan berpunca daripada situasi kelam kabut di depan pintu gol, Davy Angan mengambil kesempatan terhidang untuk jaringan keempat KL Rovers.
Pelawat meraih gol saguhati menerusi How Eng Hua daripada situasi sepakan percuma menarik pada penghujung permainan bagi kedudukan muktamad 4-1.
“Tahniah kepada para pemain yang menunjukkan komitmen tinggi dalam perlawanan namun perlu diingat selepas ini halangan akan bertambah sukar kerana kita akan bertembung dengan pasukan-pasukan lebih kuat.
“Ini detik terbaik buat saya melihat sejauh mana kemampuan pasukan ini pada peringkat seterusnya walaupun dua pemain import (Davy Angan dan Sergio Aguero) belum cergas sepenuhnya, diharapkan mereka berdua mampu menjadi gandingan yang digeruni kepada pasukan lawan.
“Saya kena bersikap realistik dengan kemampuan kami memandangkan ini sebuah pasukan baharu dan jika kami mampu sekurang-kurangnya ke suku akhir, itu pun sudah satu bonus kepada pasukan,” katanya.
Turut mengiringi KL Rovers ke pusingan kedua ialah Langkawi City FC yang dipaksa bekerja keras oleh pasukan dari Liga M4, Gamestop FC apabilla meraih kemenangan tipis 2-1 di Stadium Lada, Langkawi.
Bekas penyerang UKM FC dan MIFA, Michael Ijezie meledak dua jaringan penting buat Langkawi City pada minit-11 dan 47 sebelum Gamestop FC meraih gol tunggal pada minit-82 namun itu belum cukup menghalang kemaraan tuan rumah ke peringkat seterusnya.
Di Stadium Negeri, Sarawak juga terpaksa berhempas pulas oleh wakil dari Terengganu, Real Chukai FC selepas sekadar meraih kemenangan tipis 1-0 menerusi Azrizan Ahmad pada minit-61.
Hasrat Staroba FC meneruskan kemaraan tersekat apabila ditunjukkan jalan keluar oleh pendatang baharu Liga M3, Imigresen FC di Stadium USIM, Nilai.
Syafiq Zahari menjaringkan gol pertama pada minit-25 sebelum Khairul Faizzuhri Yazid menggandakan kelebihan pada minit tujuh minit sebelum babak kedua berakhir.
Markless ST mencipta kejutan di Padang Astaka, Kuala Berang apabila bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi Melaka United FC 2-1.
Pelawat terlebih dahulu mendahului menerusi Yusri Muhammad pada minit-28 namun Markless memadamkan kelebihan sebaik Nik Aznil Shyam Nik Ahamad Affandi memperoleh gol penyamaan pada minit-37 dan sebelum Roslee Arifin mencipta jaringan kemenangan pada minit 82.
Juara Piala Presiden PBNS, KSR SAINS, berkenduri gol di Padang Sintetik PBNS Rahang dengan kemenangan selesa 5-0 ke atas Nossa Bukit Jelutong FC.
Khaizil Jasmi memecah kebuntuan pada minit-20 sebelum giliran Yosry Derma Raju menambah gol kedua pada minit 40 bagi kedudukan 2-0 di separuh masa pertama.
KSR Sains menambah tiga lagi jaringan di babak kedua melalui Naqiuddin Amran pada minit 67, Firdaus Azizul pada minit 79 dan Norfaizzal Faroq Zaharuddin pada minit-88 untuk kemenangan muktamad 5-0.
Majlis undian Pusingan Kedua Piala FA 2020 akan berlangsung pada 3.45 petang hari ini melibatkan 32 pasukan yang terdiri daripada 12 pasukan CIMB Liga Super, 8 pasukan Liga Premier dan 12 pasukan Liga M3 serta Liga M4.

Imej

Tiada ulasan:

Catat Ulasan