Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 24 Februari 2020

Pertembungan yang cukup menarik seawal pusingan kedua Piala FA 2020.

Piala FA 2020: Kedah jumpa Pahang seawal pusingan kedua


Juara Piala FA musim lepas, Kedah akan mula mempertahankan trofi yang dimenangi mereka menentang juara Piala FA 2018, Pahang apabila dua pasukan itu diundi bertemu dalam pusingan kedua Shopee Piala FA 2020.
Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Shahrul Samsudin berkata beliau melihat keputusan undian tersebut adalah satu cabaran sihat kepada skuad Helang Merah menjelang saingan Liga Malaysia pada musim ini.
“Secara peribadi, keputusan undian menyaksikan Kedah menentang Pahang adalah satu perlawanan cukup bagus bagi kedua-dua pasukan. Umum mengetahui bahawa Pahang adalah salah satu pasukan gergasi negara.
“Saya melihat undian ini sudah pasti dinanti-nantikan penyokong di mana saya percaya satu perlawanan menarik dijangka berlaku dan Kedah sentiasa bersedia untuk memberikan persembahan terbaik bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya,” katanya ketika ditemui selepas tamat majlis undian itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan