Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 20 Februari 2020

Pengadil wanita bukan 'umpan'


FAM tegaskan keputusan guna pengadil wanita dalam saingan Liga M buat kali pertama musim ini untuk ketengahkan bakat kaum hawa itu.

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan keputusan menggunakan pengadil wanita dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini bukan untuk dijadikan ‘umpan’ meredakan emosi pemain ketika di atas padang.
Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md Dali Wahid menjelaskan langkah itu diambil sebagai usaha badan induk itu mengetengahkan bakat pengadil wanita di negara ini.
“Tidak (bukan untuk redakan pemain), itu usaha FAM dan kita nak melihat pembangunan pengadil juga membabitkan kaum wanita,” katanya.
“Kita tak ramai pengadil wanita, yang betul-betul aktif 10 orang sahaja. Mereka hadir ujian termasuk kecergasan, mereka lulus, dan atas dasar itu kita rasa mereka layak untuk diketengahkan dalam Liga Super atau Liga Perdana tahun ini.”
Semalam, Dali mengesahkan dua pengadil wanita - seorang pengadil dan seorang pembantu pengadil - akan mengadili Liga M musim ini.
Walaupun Dali tidak mendedahkan nama pengadil terbabit, namun difahamkan antara calon pilihan termasuk Rita Ghani yang pernah dinobatkan sebagai Pengadil Wanita Terbaik Asia 2014 dan mengadili Piala Dunia Wanita 2015 di Kanada.
Turut menjadi pilihan ialah Nur Akmal Anuar, Munirah Ali dan Nurul Ain Izzaty Zainal.
Selain itu, Dali turut menjelaskan pihaknya tidak bercadang menggunakan pengadil import dalam liga tempatan.
“FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) dan AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) mengiktiraf pengadil kita dan atas dasar itu kita masih mengutamakan pengadil tempatan.
“Tapi, terpulang kepada MFL (Liga Bolasepak Malaysia), kalau diperlukan untuk (ambil) pengadil luar, kita tengok (pertimbang). Namun, buat masa ini keutamaan diberikan kepada pengadil tempatan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan