Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 19 Februari 2020

Pengadil Wanita Akan Mewarnai Liga Malaysia

Imej

Mungkin sebelum ini kita pernah mendengar nama Stephanie Frappart yang mencipta sejarah sebagai pengadil wanita pertama diberi tanggungjawab untuk mengadili perlawanan akhir Piala Super UEFA pada tahun lepas.
Tidak mahu ketinggalan dengan peredaran zaman, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga telah mengorak langkah dengan membuat keputusan untuk memilih dua orang pengadil wanita yang akan mengadili perlawanan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) buat kali pertama pada musim ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md Dali Wahid dalam kenyataannya kepada Bernama mengesahkan perkara tersebut selepas merasmikan seminar pengadilan dan undang-undang bola sepak di Wisma FAM pada Rabu.
Saingan Liga Malaysia musim 2020 yang bakal membuka tirai bermula 28 Feb ini, bakal diserikan dengan kelibat pengadil wanita buat julung-julung kalinya. - Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia, Md Dali Wahid
View image on Twitter
See BERNAMA Radio's other Tweets
Tanpa menyebut nama individu yang dipilih, beliau menjelaskan, dua pegawai perlawanan wanita itu melibatkan seorang pengadil utama dan seorang pembantu pengadil.
“Buat pertama kalinya pada tahun ini dua pengadil, seorang pengadil dan seorang pembantu pengadil wanita yang akan terbabit sama ada dalam Liga Super atau Liga Perdana.
“Ini adalah salah satu usaha FAM untuk mengetengahkan bakat pengadil wanita. Mereka telah lulus ujian kecergasan dan mempunyai bakat, kita berasa mereka memang layak diketengahkan.
“Selain itu, kita juga telah melatih tambahan 30 pengadil dan penolong pengadil baharu bagi musim ini, sebagai usaha untuk menjaga kesinambungan dalam melahirkan pengadil tempatan,” katanya.
Jika mengikut prestasi semasa, terdapat dua nama yang menjadi pilihan Semuanya BOLA iaitu Sarjan Widiya Habibah Shamsuri dan Koperal Rita Gani. Kedua-dua mereka sebelum ini pernah dipilih untuk mengadili Piala Dunia Wanita 2015 di Kanada.
Sarjan Widiya merupakan Ahli Jawatankuasa FAM yang pernah mendapat jemputan daripada Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (EAFF) untuk bertugas sebagai Penilai Pengadil bagi Kejuaraan Bola Sepak EAFF di Busan, Korea Selatan pada Disember tahun lepas.
Koperal Rita yang berasal dari Sabah pula pernah dipilih untuk menjadi pengadil dalam acara bola sepak wanita bagi Sukan Olimpik Rio 2016. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pengadil Wanita Terbaik Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 2014.
Koperal Rita melakar sejarah baru dalam arena bola sepak negara apabila memenangi Anugerah Pengadil Wanita Terbaik Asia pada tahun 2014. Siapa Koperal Rita Binti Gani ?
Seorang lagi pengadil wanita, Nur Akmal Anuar juga merupakan salah saorang pengadil bola sepak yang telah mendapat lesen pengadil daripada FIFA.

Kredit Foto: Polis Diraja Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan