Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 10 Februari 2020

Pemeriksaan awal dijalankan pihak MFL sebelum ini tidak menyentuh aspek kerosakan bumbung, sebaliknya hanya kepada penambahbaikan permukaan padang dan keadaan bilik persalinan.

Stadium Shah Alam akan diperiksa sekali lagi minggu ini




Pengurus Pembangunan Perniagaan Darul Ehsan Facilities Management (DEFM), Mohd Fahmi Mohd Nordin mengesahkan pihaknya akan memeriksa sekali lagi tahap ketersediaan Stadium Shah Alam dalam Liga Malaysia 2020.
Menurut laporan Bernama, DEFM merupakan pihak bertanggungjawab menguruskan Stadium Shah Alam.
Kata Fahmi, pemeriksaan awal dijalankan pihak MFL sebelum ini tidak menyentuh mengenai aspek kerosakan bumbung, sebaliknya tumpuan hanya kepada usaha penambahbaikan permukaan padang dan keadaan bilik persalinan pemain.
“DEFM akan buat satu lagi pemeriksaan dengan MFL dan FAS dalam beberapa hari ini, jadi kita tunggu dan lihat apa ketetapan bakal dibuat. Mengenai pemeriksaan sebelum ini, ia lebih kepada spesifikasi lain dan MFL tidak memberi sebarang maklum balas berkaitan bumbung.”
Baru-baru ini, MFL mengemukakan cadangan penambahbaikan hasil pemeriksaan awal sebelum ini kepada FAS untuk segera melakukan kerja-kerja membaik pulih stadium termasuk dari aspek bumbung seminggu sebelum liga bermula.
Bagaimanapun DEFM mengesahkan kerja-kerja membaik pulih stadium tersebut tidak dapat dilakukan sebelum bermulanya liga, sebaliknya, pihaknya hanya boleh memberi jaminan dari segi tahap keselamatan penonton.
“Masalah kerosakan bumbung menjelang pembukaan liga musim ini memang tiada sebarang penambahbaikan akan dilakukan, tetapi kita akan membuat pemantauan rapi dari semasa ke semasa terutama jika cuaca ribut.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan