
“Kesalahan ini di bawah peraturan seperti sengaja mengeluarkan kata-kata lucah di mana pemain boleh kena kad merah.”
“Kemudian bergantung kepada Jawatankuasa Pengadil nak gantung tiga perlawanan atau semusim terus atau seumur hidup.”
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), telah mengumumkan secara rasmi nama tiga pengadil wanita yang telah dipilih untuk mengadili perlawanan-perlawanan Liga Malaysia bagi musim 2020.
Mereka terdiri daripada dua orang pengadil iaitu Rita Gani, 43, dan Nurul Ain Izatty Zainal, 22, serta seorang penolong pengadil iaitu Nur Akmal Anuar, 32.
Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin berkata, langkah untuk memperkenalkan pengadil wanita di pentas tertinggi saingan bola sepak negara ini adalah bagi menambah minat golongan wanita menceburi bidang kepengadilan.

“Jumlah pengadil wanita di negara ini masih dalam kelompok yang boleh kita anggap agak kecil. Dengan aksi mereka di pentas Liga Super dan Liga Premier nanti, saya pasti ia akan membuka mata banyak pihak dan pada masa sama menarik minat lebih ramai golongan wanita untuk menjadi pengadil pada masa akan datang.
“Ketiga-tiga mereka ini telah mengadili perlawanan membabitkan pasukan wanita sama ada di pentas antarabangsa bagi Rita dan Nur Akmal yang merupakan Pengadil FIFA dan Penolong Pengadil FIFA serta Nurul Ain yang cukup berpengalaman mengendalikan perlawanan Piala Tun Sharifah Rodziah setiap tahun.
“Malah, mereka juga sudah biasa mengendalikan perlawanan membabitkan pasukan lelaki iaitu Piala Presiden dan Piala Belia beberapa musim kebelakangan ini.
“Jadi tahun 2020 ini bakal menjadi lonjakan buat ketiga-tiga mereka ini untuk mencabar kemampuan dengan mengendalikan perlawanan di peringkat yang lebih tinggi iaitu Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia.
“Saya berkeyakinan tinggi bahawa Rita, Nurul Ain dan Nur Akmal mampu menyahut cabaran ini dan akan melaksanakan tugas yang diberi nanti dengan sebaik mungkin,” kata Datuk Haji Hamidin.
Rita pernah dinobatkan sebagai Pengadil Terbaik Wanita Asia 2014 dan berpengalaman luas mengendalikan perlawanan antarabangsa antaranya Piala Dunia Wanita 2015 di Kanada dan Sukan Olimpik 2016 di Brazil.
Nurul Ain pula telah menceburkan diri dalam bidang kepengadilan ini pada usia yang cukup muda dan pernah diangkat sebagai Pengadil Wanita Berpotensi 2017 manakala Nur Akmal cukup konsisten prestasinya sepanjang bergelar penolong pengadil.
Sementara itu, Exco FAM, ACP (B) Md Dali Wahid selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM menjelaskan bahawa ketiga-tiga mereka ini akan dilantik untuk tugasan bagi perlawanan Liga Premier terlebih dahulu sebelum dinaikkan pangkat untuk mengendalikan perlawanan Liga Super.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan