
“KITA bukan penyiasat, jadi pemain kena datang kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan buat aduan jika ada tunggakan gaji,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.
Jelas Stuart, beliau menggesa mana-mana pemain atau pegawai yang menjadi mangsa tunggakan gaji supaya berani tampil membuat aduan kepada badan induk bola sepak tempatan itu.
Beliau turut memberi contoh tindakan gentleman beberapa ‘otai lama’ seperti Shukor Adan dan Norhafiz Zamani Misbah yang menyerahkan afidavit hingga berjaya menyelesaikan tunggakan gaji mereka.
“Pemain yang kata tak dapat gaji sepatutnya datang buat aduan kerana kita tak tahu apa masalah yang berlaku.
“Kita tak boleh nak bantu kalau tak ada aduan rasmi daripada pemain. Daripada mereka guna saluran media dengan menggunakan sumber, ia takkan dapat selesaikan masalah.
“Saya harap pemain datang dan kita akan bantu sebagai orang tengah untuk menyelesaikan masalah. Kita akan panggil kedua-dua pihak dan cuba mencari penyelesaian bersama,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan