Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 16 Februari 2020

Nasib de Paula hujung bulan ini


NASIB pemain kelahiran Brazil, Guilherme de Paula untuk menjadi pemain naturalisasi ketiga negara, hanya akan diketahui hujung bulan ini selepas segala dokumentasi dan beberapa bukti dikemukakan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pemain itu hanya perlu menunggu beberapa hari lagi bagi mengetahui statusnya sama ada boleh bermain untuk Malaysia atau sebaliknya.
Beliau berkata, sememangnya ada kelewatan membabitkan dokumentasi menyebabkan status pemain terbabit sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya.
“Namun, kita positif segala halangan terbabit dapat diatasi dengan statusnya akan diumumkan penghujung bulan ini. Kemungkinan dia juga boleh beraksi bersama skuad kebangsaan untuk pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.
“Perkara terbabit bukan mudah kerana ia perlu memenuhi segala permintaan Fifa, namun kita komited menyediakan apa jua dokumen diperlukan mereka,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.
Sebelum ini, de Paula bersama pemain kelahiran Kosovo, Liridon Krasniqi disenaraikan sebagai calon pemain naturalisasi negara.
Liridon terlebih dahulu mendapat kerakyatan seterusnya boleh beraksi bersama negara untuk perlawanan antarabangsa jika mampu memikat jurulatih, Tan Cheng Hoe.
Bagaimanapun, de Paula yang berhijrah ke pasukan Perak dari Kuala Lumpur musim ini terpaksa menunggu lebih lama ekoran beberapa dokumen yang tidak lengkap.
Sebelum ini, pemain sayap Pahang kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh mencipta sejarah sebagai pemain naturalisasi pertama menyarung jersi Harimau Malaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan