Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 25 Februari 2020

LIGA PREMIER 2020: PENGESAHAN VENUE PERLAWANAN - Kuching FA dan Sarawak United FC - UKM FC - Selangor 2 - Kelantan dan Kelantan United FC. #LigaPremier2020


LIGA PREMIER 2020: PENGESAHAN VENUE PERLAWANAN

Dimaklumkan pengesahan venue perlawanan untuk pasukan-pasukan Liga Premier 2020 berikut:

1. Kuching FA dan Sarawak United FC
Pasukan Kuching FA dan Sarawak United FC akan bermain di Stadium Sarawak, Kuching dengan waktu sepak mula 8.15 malam.

2. UKM FC
Pasukan UKM FC akan bermain di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebagai venue Tuan Rumah, dengan waktu sepak mula 4.45 petang.

Bagi venue perlawanan pada bulan Ramadan, pasukan UKM FC perlu menamakan venue alternatif kerana venue tersebut tidah boleh bermain pada waktu malam.

3. Selangor 2
Venue Tuan Rumah bagi pasukan Selangor 2 melawan Terengganu FC II adalah di Stadium UiTM, Shah Alam. Bagi venue pasukan Selangor 2 seterusnya akan dimaklumkan kemudian.

4. Kelantan dan Kelantan United FC
Venue Tuan Rumah bagi pasukan Kelantan dan Kelantan United FC bagi minggu perlawanan LP8-LP11 akan dimaklumkan kelak. Ini disebabkan venue pasukan, iaitu Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu tidak dibenarkan untuk sebarang aktiviti sukan atau hiburan sepanjang bulan Ramadan.

Anda boleh muat turun jadual terkini Liga Premier 2020 di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan